Assalamualaikum =)
Hari ni aku nak cerita pasal pilih memilih..tapi apa yang nak dipilih eh?Nak jadi jiwang kejab boleh x?hahaha.
Ok,berbalik kepada pilih memilih ni,KEBANYAKAN orang kalau nak bercinta or kahwin mesti la nak yang kalau boleh sopan santun,cantik/handsome baik n bla-bla kan..
tapi kalau nak diikut kan,peratus memilih lebih tinggi bagi lelaki daripada perempuan..nak tahu sebab apa?
Ok baiklah(skema gile)..erm,korang pernah dengan kan peribahasa " perigi mencari timba" ?. perkara yang kecil bagi lelaki,tetapi perkara besar bagi perempuan,pantang perempuan mendengar apa lagi kalau kena sindir dengan peribahasa ni.Tapi perigi mencari timba ada pelbagai jenis, dengan perubahan zaman sekarang,perigi mencari perigi pon ada,timba mencari timba pon ada..haish tak tahu la jenis golongan ini..sedih betul.
Berbalik kepada tajuk,sebab apa aku kata macam ni..sebab lelaki lebih random nak minat or suka seseorang coz lelaki kan..x ada hal la nak mengorat..kalu nampak pompuan cantik..semua dia nak ngorat kan.(uhuk2).So lelaki ni peluang untuk memilih lebih tinggi..siapa2 dia nak pon dia boleh try..dapat tak dapat tu belakang cerita..sebab lelaki ni berani =D
Bagi perempuan,korang tak banyak pilihan sebab,tak kan la korang tergedik nak pergi mengorat lelaki pulak kan...tambah-tambah korang ni yg gile hot cantik semua la ada kt korang..mesti la jatuh standard.mula la keluar ayat "tak akan la aku nak g mengorat dia kot,aku kan perempuan..cantik pulak tu" haha..so secara tak langsung,korang boleh memilih jugak..tetapi memilih lelaki-lelaki yang mengorat korang jela..so peratus pemilihan di situ kecil.
Kalau korang minat seseorang tu,belom tentu dia minat korang lagi..walaupun korang gile lawa habis..sebab kita kena tahu..tak semua orang kat dunia ini suka kat kita =)
so,tak perlulah nak memuaskan hati semua orang.buat relex je ok..tapi itu la..selalu nya perempuan kalau suker seseorang tu..pendam je..nak buat macam mane kan..sebab harga diri korang lebih tinggi dari lelaki..malu la awek pergi mengorat lelaki weyyy.haha..tapi zaman sekarang macam-macam boleh berlaku kan.
Sebelum mengakhiri cerita,ada baiknya disentuh sikit pasal "perigi cari perigi" dan "timba cari timba" .Kalau perigi mencari timba agak kurang sopan,macam mana pulak jenis dua ketegori yang lain ini?tentulah dianggap luar biasa dan dipandang hina,betapa songsangnya dunia hari ini.
dan kalau boleh tak usahlah perigi mencari timba kerana akan menjejaskan maruah diri.Tetapi kalau dah terpaksa kerana tidak sabar orang masuk meminang,uban pun sudah tumbuh,pergi la mencari dengan bijak supaya tidak di pandang serong =)
Allah S.W.T berfirman,"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untunk perempuan yang baik." (an-NUR':26)