Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
10 comments:
i've hear this story before..
tp bce entry awak buat sye terfikir lg...hehe
tenkiuuu...=)
susah juga nak mecari rumput tu. lagi2 kalau rumput itu boleh cakap, saya taknak awak petik saya. how ?
nuha : 2 la..story lame..sje nk ingt balik ;p
syuhada : alaaa..kenapa x boleh petik..x kawin la mcm 2..wakkaka
memang semua orang sntiasa nak yang paling terbaik..
dah pernah baca pasal nie;)
khalisha : ade je yg xnk ;p
pelangi : bnda ni mmg famous ;p
saya da jumpa rumput yg paling cantik...tak pernah pandang ke belakang lagi...
untong la dh jumpe rumput paling cntik..haha
betul..tak sume org sempurna..
belajarlah menerima keburukan seseorang baru menrima kebaikannya,.
oyeahhh..hihi =D
Post a Comment