Saturday, May 26, 2012

FORMULA VARSITY




Assalamualaikum, hari ni last week before study week, dengan ini segala kekacau bilauan yang aku hadapi hingga ke saat ini hampir tamat, nak cerita serba sedikit tentang schedule aku kat sini.. HARI MONCONG = hari dimana aku namakan sempena hari-hari aku dari isnin hingga ke jumaat, sem ni setiap hari aku ada lab, then lab sheet result apa benda $#%$^%#$≈*(!@ semua kena hantar keesokan harinya, which means aku tak boleh lari dari benda-benda ni tiap-tiap hari, then plus dengan assigment, presentation, test, kuiz yang tak pernah cukup-cukup, dengan besoknya test dengan tu la kena submit report, nak present apa bana semua n kuiz,adoiii stresss tiap2 minggu macam ni..sampai tertido dekat fact, pastu subuh baru balik..aku stresssssssssss gilaa, and tak sempat and sentuh langsung subjek yang keesokanya test, and apa bana dengan sem ni di tambah dengan buat mini project, mini project tu pun masalah jugak..time nak present sikit lagi, dan-dan tu la project tak boleh nak running..rasa nak terjun je masa tu..nasib baik ada another solution before start present tu....uwaaaaaaaaa, tak tahu lah kalau final year student macam mana, sebab itu life aku terperuk dalam bilik, orang lain boleh tengok debat ptptn la, slot akasia " seindah sakura " la, yang aku tengok dinding je, eventhough sometimes i pretend to b ok, n wat relex..bbm la, on9 jap, kuar tengok movie la..hurmmm..ok malas nak citer panjang..lantak lah..dah lepas pun azab tu, now menunggu final yang akan tiba

Didalam kesebukan hari-hari aku sebelum tu, aku tergedik hendak masuk 1 aktiviti dekat university aku, aku pun dengan tak sengaja pergi la interview, actually tak tahu pun hari tu ada interview, aku pun dengan slumber badak dengan tak prepare apa-apa pergi je la masuk.. #$^%$^%&^*&(*&(* lepas je 30 min macam tu, habis la sesi interview tu.. then seminggu lepas tu, nama aku naik.. fuh macam tak percaya je, aku memain je pun, tapi di sebabkan dah dapat, pergi jelakan... bukan senang nak dapat...

Ok aktiviti yang aku maksudkan adalah " FORMULA VARSITY " apakahhh? ok let me explain, korang kena baca habis la baru tahu.. nak di jadikan cerita and nak cerita versi pasar punya, " FORMULA VARSITY " ni macam satu pertandingan " F1 (FORMULA ONE) " yang alonso bawak kereta ferari tu semua kat tv, tapi yang ini tak lah sebesar skop macam tu, pertandingan ini disertai oleh semua ipt-ipt dekat malaysia, setiap university hantar beberapa wakil..then race la... setiap uni kena design satu kereta daripada design sampai la kereta siap dan boleh di bawa race... actually event ni dah popular sebelum-sebelum ini,  mungkin sesetengah orang tak di beri pendedahan and tak tahu..








ok pertandingan ini akan di adakan 12 hingga 14 Oktober 2012 di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC Melaka) , track ni dekat dengan tol plus air keroh melaka, track ini juga berhampiran dengan kampus INDUK uni aku sendiri iaitu UTeM... baru aku nak tarik nafas lega and nak relex sikit, dah di busy kan dengan benda ni.. kira nya after aku final exam habis dekat hujung bulan 6, aku terus stay sini, dan tak boleh balik untuk beberapa bulan sehingga aku masuk sem depan, orang seghonokk cuti 3 bulan aku terperok kat sini.harap-harap habis cepat.. nak raya n puasa kat rumah bersama family..uwaaaaaaa, sedihnya rasa.. yang lagi membimbangkan aku and membuatkan aku tak tidur malam hingga ke hari ini






ni la dia, owh tidak, aku diberi tanggunjawab yang besar.. ermmm kenapa aku yang jadi leader design ni..actually aku terpilih pun sebab aku pandai guna 1 software design yg diguna oleh industri pemotoran dan part-part object iaitu " Catia ". sebab dulu zaman diploma pernah belajar and pernah buat short course kat tempat lain dan dapat certificate dari GMI, tapi aku dah cakap time interview tu  yang aku ni tak  power mana pun dalam software ni, aku just biasa-biasa je guna. tak tahulah aku dah pening.. rasa nak tarik diri pun ada.. means aku punya group kena design all part kereta tu..ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....risau aku tak boleh =.= , tapi abang janji!! haha

now dah start progress dah pun, tu la ko aizad gatal-gatal lagi.. tapi ok jugak, apa salahnya ke bidang academic pulak... actually tak berapa nak risau sangat sebab penasihat kitaorang yang mengajar kitaorang kat kelas iaitu teaching engineer  bekas engineer sebelum mereka mengajar di sini, kebanyakan diorang ni belajar oversea dulu, kira nya diorang ni student jepun la di bantu juga dengan lecturer yg power-power n technician yg banyak pengalaman sebelum ni.. benda dah jadi sekarang. nak buat macam mana... tak tidur berbulan-bulan la lepas ni..baru la rasa alam pekerjaan sikit..memang ni pun yang aku nak mengadap bila kerja nanti..










ok ni gambaran awal body, ni baru hanya concept.. tak boleh tunjuk lebih-lebih nanti kena curi.. segala nya akan di update hingga hari pertandingan nanti =)



Gambar di bawah ini adalah kereta UTeM edisi yang terdahulu, UTeM tahun ini menghantar 2 pasukan iaitu Faculty of Engineering Technology and Faculty of Mechanical Engineering




seperti tahun yang sebelumnya.. UTeM adalah penganjur utama bagi semua ipt-ipt di malaysia










Sesiapa yang dekat-dekat dengan melaka or tinggal di melaka jemput la datang yeeeee bagi memeriahkan lagi majlis ni..masuk etro deme cakap..hehehe..ok that's all for today..nanti aku update lagi pasal ini..thanks for reading...salam =)