Monday, September 3, 2012

TEMAN PENGGANTI



Aku kan pergi,
pergi ku tak kan kembali


sejak akhir-akhir ni, aku selalu menghabiskan hawa nafsu telinga aku mendengar lagu 'Teman Pengganti" by Malique feat Black mentor.. series aku suka lagu ni.. walaupun sedih bila dengar. Siapa tak kenal Malique, ni la rapper melayu sejati yang terbaik pernah aku jumpa.. aku memang minat Malique ni dari too phat lagi dengan Joe Flizo.. biasa la zaman sekolah-sekolah dulu.. nak terlompat-lompat je kan (hip hop) sebab tu la layan too phat.

Malique tak pernah tulis lagu kosong, semuanya ada isi yang datang khas dari dalam lubuk hati. Dalam berkias dia cuba sampaikan, cuma tinggal kita untuk ungkapkan. mana tak nya semua lirik-lirik dia betul-betul menyentuh perasaan. banyak yang tersirat, terlalu seni dan berkias-kias

Aku dapat rasakan malique ada menyembunyikan sesuatu. kalau korang perasaan Malique jarang keluar media walaupun semua lagu-lagu dia meletop-letop.
aku try nak taksirkan apa di sebalik lirik lagu ni.. tapi hanya taksiran aku semata-mata.. jangan terlalu serious sangat pasal ini ok..

Rahsia ini 
telah lama ku pendamkan
 tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
tiba masanya kau cari teman pengganti.



ada rumors mengatakan dia ni ada barah otak.. Walllahualam.

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

apa yang aku dapat baca dari lirik ni, dia (hero dalam lagu ni) dapat rasakan dalam mimpi nya, seolah-olah dia nampak isteri nya sedang bahagia dengan pengganti dia yang akan datang selepas dia pergi, dia dah jangka benda ni akan berlaku dan redha



Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah



biasala kan.. time tengah sihat.. macam korang bercinta jugak.. nak sehidup semati tak gitu? sedih happy korang dengan makwa/pakwa.. tak sama ke? 



Dalam dunia yang maya prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, di tindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tidak memahami
Kau sudi selami, dalami dan megalami


apa yang aku rasa, kalau betul la lagu ni pasal dia, korang tahu tak pasal malique dan isteri dia melissa kena rompak.. malique kena tetak.. dan isteri dia melissa di cabul? mungkin la ada terselit sikit kat sini aku rasa..  aku just rasa je.. ok abaikan tak ade kena mengena..try la baca lirik tu


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


siapa lagi pendengar setia si suami kalau bukan isteri bagi seorang suami? kalau dah duduk 1 bumbung and conform sebagai suami isteri mesti bermaafan dahulu di pagi syawal and seolah-olah lirik ni cakap ni syawal terakhir bagi nya.

maksud 70 000 hijab..korang boleh baca sendiri dekat sini


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


kalau korang tengok badan dia sekarang memang kurus. .. dia macam tau dia memang sakit. ( kalau la) aku tak berani nak cakap.. kang aku pulak kena saman.. tak kena mengena ok. just hero dalam lagu ni.


Lagu ini yang terakhir aku sajikan,
Kalau rindu nanti bolehla kau nyanyikan,
Jaga diri jangan makan hati,
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti,
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi,
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup majlis itu nanti


dia nak cakap kat isteri dia, ni lagu yang terakhir dia karya, cincin kahwin duit semua dia sudah sediakan.. moga cukup majlis itu nanti? aku musykil majlis apa.. majlis kebumian or majlis perkahwinan baru bini dia nanti 


Aku kan pergi, 
Bertemu kekasih abadi,
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

aku kan pergi bertemu kekasih abadi, adakah itu bermaksud bila kita sudah tiada kita akan bertemu tuhan.. siapa lagi kekasih abadi kalau bukan tuhan... and seolah-olah dia  suruh bini dia cari penganti dia .


ni hanyalah taksiran aku sahaja.. korang-korang jangan ambik series.. korang dah besar kan.. pandai-pandai la pikir pasal lirik ni.. tak kena mengena antara hidup dan mati.. sekadar lagu pengubat hati

salam~


Semoga panjang umur & bahagia hingga ke anak cucu                                    




latest album " MANTERA ", the cover of the album is quite strange =) . And the last song for this album " Teman Pengganti "




TEMAN PENGGANTI