Monday, July 11, 2011

Kisah Rumput

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

P/S:aku tahu semua insan ingin mempunyai pasangan yang sempurna,begitu juga aku,kekurangan dan kelemahan itu lah sebenarnya pelangkap kesempurnaan dan hendaklah kita menghargai seseorang itu seadanya. Jangan kita mengejar sesuatu yang tidak pasti kita boleh memilikinya, kelak mungkin akan sesali diri. Tiada guna kita berpatah balik, kerna mungkin yang di tinggalkan telah hilang buat selama-lamanya.


10 comments:

nuha ahmad said...

i've hear this story before..
tp bce entry awak buat sye terfikir lg...hehe
tenkiuuu...=)

Syuhada said...

susah juga nak mecari rumput tu. lagi2 kalau rumput itu boleh cakap, saya taknak awak petik saya. how ?

aizadalias said...

nuha : 2 la..story lame..sje nk ingt balik ;p

syuhada : alaaa..kenapa x boleh petik..x kawin la mcm 2..wakkaka

Khamiza-Khalisha said...

memang semua orang sntiasa nak yang paling terbaik..

laskar pelangi said...

dah pernah baca pasal nie;)

aizadalias said...

khalisha : ade je yg xnk ;p

pelangi : bnda ni mmg famous ;p

msredcheesecake said...

saya da jumpa rumput yg paling cantik...tak pernah pandang ke belakang lagi...

aizadalias said...

untong la dh jumpe rumput paling cntik..haha

biela bell said...

betul..tak sume org sempurna..
belajarlah menerima keburukan seseorang baru menrima kebaikannya,.

aizadalias said...

oyeahhh..hihi =D