Wednesday, February 20, 2013

Eyekkkkkkkkkkkkkk


Assalamualaikum

menurut tajuk di atas, apakah yang dimaksudkan "eyekkkkkkk"? adakah sejenis makanan? ataupun sejenis haiwan? mahupun sejenis kendereaan? sebenarnye eyekkk tu adalah perkataan laaa..adoiiii..ok tak lawak.. fineee, fineeee, fineeeeeeeeeeee!!!


mesti korang bosan kan, aku asyik post pasal diri aku je.. but heyyyyyy do i look like i care huh?haha =p

sebenarnya hari ni aku nak share 1 info yang berguna kepada korang-korang semua yang kebanyakkan selalu " complain " please la stop complaining

nak di jadikan cerita, dulu selepas aku SPM aku ada kerja di sebuah restoran francais makanan iaitu "Pijar hate" bukan nama sebenar. Apa yang aku nak cerita sebenarnya sikap manusia yang bermacam-macam ragam.


aku ni kerja di bahagian kitchen iaitu tempat buat-buat pizza semua, maklumla muka tak berapa nak market. tak mau la jadi waitress kan. pada satu hari ni, ade seorang customer datang.. yaa masih segar lagi ingatan aku, time tu tengah busy. memang banyak order masuk.. budak kat dalam kitchen tu dah tak cukup tangan nak buat.. korang pun kalau pergi pizza mesti kadang-kadang dapat makanan lambat kan. sesungguhnya membuat pizza itu mengambil masa juga. *sila take note


time tu, aku masih lagi "freshie" budak baru.. so kerja aku di belakang sekali basuh-basuh pinggan.. tiba-tiba aku dengar orang terpekek-pekek complain dia punya pizza tak siap lama. macam nak gaduh jugak la citernya.kena faham la ramai orang. padahal baru datang kejab dah bising-bising customer tu. then kena maki-maki dengan custumer biasa la " custumer always right " kan.. xpela yang budak-budak depan dok senyum je layan..


pastu tiba-tiba " mat " bukan nama sebenar datang kat tempat aku basuh pinggan tadi dengan membawak roti pizza yang tidak di bakar lagi.. sebelum tu, jap korang tau kan penapis sinki tempat dimana segala sisa-sisa makanan berkumpul.. ni kedai makan jangan citer la dia nye penapis sinki macam mana. so " mat " tadi suruh aku tepi.. dia punya la korek sisa-sisa makanan taik ape kepala bana semua la dekat penapis sinki tu. then apa lagi dia tabur la atas roti pizza yang kosong yang belum di bakar lagi. pastu dia pergi kat topping pizza dia cover sikit letak bawamg la macaroni la and yang pasti di banjiri dengan cheese yang banyak..


jadi apabila ia dibakar dengan suhu yang tinggi segala kekacau bilaun dalam pizza itu akan menjadi sebati dengan campuran sos dan cheese.. so jadi la pizza paling sedap di abad ini..hahaha. mendapat la customer tu kan.. 




nahhh..sedapkan..hahaha *gambar hiasan



jadii saya ingin menyeru kepada anda semua tolong la, tak kira la kat tempat makan mana-mana pun, kalau ade lalat ke lipas ke ape ke.buat relex je.. jangan malukan diaorang and maki-maki diaorang.. agak tak lalu nak makan, pergi bayar then tak payah lagi datang kedai tu. simple kan.

sebenarnya hari tu awok gi pizza.. tiba-tiba terseru pulak nak buat post ni..hihi




sorry awak bb saya dah rosak =p


sekian~ 



6 comments:

sally wanny said...

memang betul2 eyerkkkkkkkkkkk

aizadalias said...

haha.. dapppp nyeee =p

Emildza Jayy ♥ said...

Haha jadi saya ingin menyeru, betul2 eyeekkk!

aizadalias said...

jangan muntah sudah la =p

NurainSuperr said...

gelinyaa eyekkk :D

aizadalias said...

hahahaa.. tp sdp gak klu di makan