Friday, November 18, 2011

Lafaz Yang Tersimpan

salam




hari ni hari jadi mak aku."happy bufday mama,semoga panjang umur =) luv u"
tapiiiiiiiiii, kenapa kata2 ini selalu terbuku di hati?aku teringin nak cakap macam ni kat mak aku, aku nak sangat...nak sangat2...tapiii aku tak ade kekuatan untuk cakap macam ni...memang la orang kata..ala mak sendiri pun nak segan ke...lepas tu hati yang hitam pulak cakap...ala relex r banyak lagi masa,dah tua nanti cakap la...aku tak tau la nak cakap macam mana..korang tak rasa apa yang aku rasa..sebagai lelaki,terus terang aku cakap berat sangat,ape yang aku rase di hati ni tak terungkap..bukan tak sayang..siapa tak sayang mak wey...yang teruknya aku ni,yang aku tahu call mak aku mintak duit"mama duit dah habis" bukan nak tanye sihat ke tak orang tua tu...pastu dah masuk duit bukan nak cakap terima kasih ke apa...ermmm tak guna betul aku....



aku ni dah la selalu menyusahkan mak aku,mak aku kerja jauh2 hari2 nak cari rezeki..kerja kat politeknik sabak bernam..rumah kat teluk intan..agak jauh perak ke selangor.hari2 ulang alik..reason sebab tak nak duk selangor..sebab nak dekat dengan anak2 ngn family..mak aku sanggup korban.hari2 pergi kerja jauh2 naik kereta sorang2.kalau ape2 jadi kat dia macam mane.bukannye nak tanye khabar mak aku..bawak kereta elok2 ke..dah makan ke?sihat ke?...tapi sebaliknya,mak aku yang selalu call aku cakap macam tu...erm sedey r ngn diri sendiri ni ='(




aku hanye call parents aku bila aku nak duit je...tapi yang lain??parents aku je yang selalu call aku.memang aku tak guNAAAAAAAAAA.
"Ya ALLAH ya tuhanku lindungi la kedua ibu bapa ku"




kenapa la susah betul nak mengunkap,nak tunggu tak ada baru nak menyesal?macam tu ke AIZAD??
aku tak tahu betapa gelapnye dunia ni kalau tiada mak ='(
dan aku tak boleh bayangkan macam mane nak teruskan hidup bila tiada mak..






"Mengapakah sukar menyusun bicara,meluahkan rasa menuturkan sayang,kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah,cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia"




"tiada lagi ertinya pengucapan,andai akhir nafas di hujuung helaan,sebelum mata rapat terpejam usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan"





bila aku dengar lagu ni..confirm ='(

hayati lagu ni,akan rasa apa yang aku rasa,





Lafaz yang tersimpan-UNIC







sedikit cerita yang mungkin tak layak diceritakan,tapi mudah-mudahan dapat di ambil hikmah untik kita bersama serta di berikan kekuatan daripada menjadi lafaz yang tersimpan.


hargailah mereka ketika mereka masih ada





Thursday, November 10, 2011

otak kuning or otak hijau??



anda tertekan?bosan?di tinggalkan kekasih?stress myb?lexxx lu meh layan gambar2 yang mengarut ni..hahahaa








pantang,laju jee tgk kan yg laki2 tu..dah agak...memang otak kuning la korang ni..wakakkaka







cuba korang try tengok titik hitam yang dekat tengah2 selama 20 saat...bulat2 kt tepi akan hilang






try geleng2 kepala kiri n kanan laju2...nnti nampak muke pakwe korang =p










hebat matametik? hebat mengira?try kira titik2 hitam ni


memang pon..internet bergerak la katekan...hahahhaa




yang rasa macam nak ke gay tu..baik kerat cepat jari





why u always b like this..grrrrrrrr










peratus kecurangan perempuan lebih tinggi daripada lelaki..no wonder ;p






hermmmmm please change aizad =.=





hahahaha..noob







try taip dekat google trnslate-then taip myquran-so ape perlu korang buat ada tnda tick situ korang tekan offensive..cilaka nye google

please, spread it!!!!!!!






yesss i do.




nak sangat update punya pasal...bila dah tak ada idea..macam ni la jadinya...okchow~




Monday, November 7, 2011

April Fool vs Valentine Day



Salam



Hari ni rasa nak berkongsi sikit..even aku tahu korang2 semua dah tahu kan pasal benda ni...aku cuma nak bagi blog aku ni balance..coz blog aku ni banyak benda yang mengarut2 je dengan citer psl life aku yg x berapa nak seronok tu..huuuuu..so nak jugak la jugak habaq hang info2 yang baGUIHHHHHHH sikit..even korang dah tahu.



tak salah pun kalau baca...tak rugi ape2 pn..heee ^^



korang tahu kan pasal hari April Fool's??alaa hari yang korang seGHONOK kencing(tipu) orang tu..kalau hari tu kononye kalau korang tipu siapa2 macam tak kene apa la kan..coz hari tu memang untuk menipu je kejenye..tapi korang tahu tak sebalik hari tersebut sejarahnye



ok,sebenarnya perayaan April Fool's ni,adalah mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan islam di sepanyol.setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol, kerajaan islam akhirnya runtuh diserang tentera2 kristian.penduduk2 islam di sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah masing2 untuk menyelamakan diri..tentera2 kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapus orang2 islam di sepanyol ni..



then pada masa tu,penduduk2 islam ni..diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari sepanyol dengan selamat bersama2 barang2 keperluan mereka dengan menggunakan kapal2 yang berlabuh di pelabuhan...orang2 islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu penipuan,telah pergi ke pelabuhan demi mendapat kepastian untuk melihat kapal2 yg dimaksudkan..



setelah berpuas hati,mereka membuat persiapan untuk bertolak..keesokan harinya iaitu (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan,dan pada masa inilah pihak kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk2 islam ini.



mereka juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya dibakar,pihak kristian kemudianya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemua umat islam..peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudian diraikan oleh tentera kristian..keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja kat sepanyol,tapi kt serata dunia...yang sedih orang2 islam yang jahil mengenai peristiwa ni turut meraikan April Fool tanpa sedar kita sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai2 saudara sesama islam..





begitu juga hari Valentine day,valentine sebenarnya adalah seorang martyr(dalam islam di sebut syuhada)yang bersifat dermawan maka dia diberi gelaran Saint atau Santo..



pada tanggal 14 februari 270 M, St. Valentine dibunuh disebab pertentangannya dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius 2, untuk mengagungkan dia (st.Valentie), yang di anggap sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup,maka para pengikut memperingati kematian st.valentie sebagai upacara keagamaan



sejak abad 16M,upacara keagamaan tersebut mula beransur hilang dan berubah menjadi perayaan bukan keagamaan...hari valentine kemudia dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut Supercalis yang jatuh pada 15 februari.





setalah orang2 Romawi itu masuk agama nasrani iaitu kristan,pesta supercalis kemudia dikaitan dengan kepercayaan orang eropah bahawa waktu kasih sayang itu mula bersemi bagai burung jantan dan betina pada 14februari.dalam bahasa perancis Normandia,pada abad pertengahan terdapat kata Galentine yang bererti galant atau cinta.persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang fikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada 14februari.dengan perkembangan zaman,seorang martyr bernama st.valentino mungkin akan terus bergeser jauh dari matlamat sebenar perayaan tersebut.manusia zaman sekarang ini kenal valentie melalui greeting card,pesta persaudaraan..



kalau tak silap aku jugak..hari valentine ini dimana hari paderi diberi pelepasan untuk memuaskan nafsu..means bahasa kasar romen la..coz paderi kan tak boleh kahwin..so diorang diberi hari khas untuk puaskan nafsu...itu sebab la kalau valentine je,banyak orang wat projek..benda2 ni boleh merosak kan akidah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat..



so bak kata nabil..lu ade otak..lu pikir la sendiri...Assalamualaikum..peace ^^