Thursday, February 9, 2012

kisah burung murai !!!!!!



Di hempas kesunyian malam, ku termenung sendiri, mencuba bertahan mengharungi hidup yang tak pasti, lelah ku disini menanti kau kembali,, cinta apa ini yang dinamakan cinta, kau datang dan pergi sesuka hatimu...oh... tuhan tolong lah aku dari kehampaan cinta, yang telah lama hilang, sebuah cinta yang tlah lama kupendam, ingin ku bebas, terbang ibarat burung???terbang ibarat burung????burung ape 3x? burung murai la bongek..haha


apa la aku dok meroyan ni,sorry bermukadimah yang agak berbunga-bunga..ni bukan nak cerita pasal bunga-bunga... ok kembali ke pangkal jalan, korang pernah terfikir tak?or memang tak nak fikir..macam mane burung besi(kapal terbang) yang besar boleh terbang.. Memandangkan entry aku bnyk mengarut sebelum2 ni,,aku nk share la sikit ape yang aku belajar..macam mane besi berat boleh terbang..but it just basic only..


firstly, bagi yang pernah dulu belajar fizik dekat sekolah, mesti korang tahu serba sedikit basic di mana pada asasnya terdapat 4 DAYA aerodinamik yang bertindak ke atas kapal terbang dalam penerbangan iaitu DRAG,WEIGHT(GRAVITY),THRUST and LIFT seperti gambarajah kat bawah ni.






Daya 'thrust' terjadi disebabkan kuasa engine kapal terbang atau kelajuan kapal terbang (forward force) yang menolak kapal terbang, manakala daya 'drag' pula adalah rintangan udara (backward force) semasa kapal terbang sedang bergerak, manakala 'lift' adalah (upward force) yang terjadi di sebabkan 'airfoil' dan 'gravity adalah daya semulajadi iaitu (downward force).untuk menerbangkan sesuatu kapal terbang,daya 'thrust' mestilah lebih besar dariapada daya 'drag' begitu juga daya 'lift' mestilah lebih besar berbanding dengan 'gravity'.



faktor yang besar untuk menaikan kapal terbang itu adalah pada sayapnya iaitu dinamakan ‘airfoil’..sayap ini direka khas pada kapal terbang dengan menggunakan bernoulli's principle dimana semakin tinggi peningkatan bendalir(udara),maka tekanan akan menjadi semakin rendah.






ok,macam mana sayap ni dapat menerbangkan kapal terbang? bendalir yang di lalui oleh kapal terbang adalah udara, apabila udara melalui sayap kapal terbang, ia akan terbahagi kepada dua arah dimana udara akan melalui bahagian atas dan bawah.. di bahagian atas mempunyai bentuk lengkung(curve), manakala di bahagian bawah berbentuk rata(flat).


udara yang terbahagi kepada dua bahagia tadi haruslah bertemu di penghujung sayap tersebut pada masa yang sama, dimaa kita boleh nampak jarak bahgian atas sayap yang mempunyai lengkung(curve) lebih jauh berbanding bahagian bawah sayap kapal terbang..so salah satu cara untuk dua bahagian udara tadi bertemu pada masa yang sama adalah udara di bahagian atas mestilah lebih laju daripada udara bahagian bawah supaya dapat bertemu pada masa yang sama di hujung sayap. dan ini akan menghasilkan tekanan rendah di bahagian atas sayap berbanding bahagian bawah sayap.. secara tak langsung dapat menaikan kapal terbang merujuk pada bernoulli's principle tadi

manakalah salah satu faktor lain untuk menaikan kapal terbang adalah dinamakan "angle of attack" iaitu sudut sayap yang terlelak pada sayap kapal terbang. "apabila sayap dihadapan di naikan, udara akan terpesong ke bawah ini secara tak langsung udara yang terpesong ke bawah dapat menolak kapal terbang ke atas..




daya 'lift'jugak berkait dengan kelajuan bendalir tersebut untuk membuat kapal terbang terbang..

ok,untuk bagi sesuatu kapal terbang itu mempunyai kelajuan yang cukup utuk terbang.. kapal terbang menggunakan 'turbojet engine' seperti yang kita boleh nampak dekat sayap kapal terbang.





actually,proses turbojet ni agak complicated sikit..kalau nak cerita kan udara2 yang menghentam pada bilah2 turbine dari daya kinetic energy convert pada mchanical enrgy and bla,bla,bla..sampai esok tak habis... so aku cerita secara basic jela proses ni..


turbojet engine ni mempunyai 2 kipas yang besar..satu terletak di hadapan dan satu lagi terletak di belakang.. kipas yang terletak di hadapan berfungsi untuk menyedut udara dari luar untuk di mampatkan di dalam kompressor..apabila udara di masukan kedalam kompressor..ia akan menjalani dua peringkat mampatan iaitu bertekanan rendah dan tinggi..udara akan di mampatkan dan kini ia lebih tinggi tekananya dan suhunya, udara yang bertekanan tinggi tadi akan melalui satu ruangan dinamakan 'chombustion chamber' di mana di ruang itu bahan api di letakan..bahan api tadi akan bercampur dengan udara bertekanan tinggi dan menyebabkan letupan dan kini suhu menjadi lebih tinggi terus menolak keluar gas yang panas dan menghentam ke satu lagi kipas dimana berada di turbine,kipas yang berada di turbine ini mempunyai connected pada satu batang besi yang kuat(shaft) dengan kipas compressor yang berada di depan..secara tak langsung ia akan membantu kipas di hadapan tadi menyedut udara secara berterusan(laju) dan proses ini berlaku secara berterusan serta dapat meningkatkan kecekapan bahan api (fuel efficiency).

selepas menghentam bilah turbined,udara yang panas akan keluar melalui exhaust yang berada di belakang engine tersebut dan ia berlaku secara berterusan dan menyebab kan daya 'thrust' berlaku dengah kuat nye dan menyebabkan kapal terbang itu bergerak dengan laju.. so terbangla ia ibarat burung2 berkicawan =P

p/s jangan tau naik je..at least tau la sikit-sikit =)

salam~






6 comments:

iera_atiera said...

mekanikal blja nih ke?? ke amek minor aeronotic? =.=

Miz Waniey said...

mcm nk buat assignment...pheuuu

aizadalias said...

iera : dlu dip pure meki..so semua belajar =D

miz : google + wikipedia= assgment finish..hahahaha

Rawkzell said...

setan. aku ingat "burung murai" yang peribahasa tu. haha .

cik wanie Lovela (CWL) said...

g mana tuuu

Cik Dessert said...

teringat time blajar pyhscs .. n teringt time lawatan..