Tuesday, August 20, 2013

KITA SEMAKIN HAMPIR




Ketika seluruh umat Islam didunia menumpu perhatian kepada krisis di Mesir dan Syria, manakala Malaysia menumpukan isu PTPTN. Ternyata kita terlalu pentingkan hak-hak keistimewaan berada di bumi Melayu. 
Tetapi sedarkah kita bahawa ini adalah antara episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka fasa yang berikutnya.

Tahukah anda, sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin, tetapi sebaliknya MEKKAH dan MADINAH, dan tahukan anda MEKKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel) dan sekutunya Syiah (Iran). 
Bermula dengan :

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan jatuh ketangan puak sekular eksreme walaupun kini diperintah pemimpin "Islamik" Erdogan, hakikatnya beliau hanyalah puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang pengikut setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan USA dan negara Salib
dan bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

-AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur kepada Zionis (Israel).

-LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat negara Salib dijadikan bahan eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring".
Rakyatnya dihasut untuk bangkit, dibantu dengan bersungguh-sungguh oleh tentera Salib (Nato).

-SYRIA adalah sasaran sebenar operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab-kitab lama yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah (Dajjal) dan Al-Mahadi.

-MESIR walaupun diserahkan kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh tentera firaun moden
pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan
segara.


Lihatlah dipeta semua NEGARA disekeliling MEKKAH dan MADINAH telah ditawan dengan sistematik





Diakhir zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa tempat suci umat Islam akan diruntuhkan oleh lelaki dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah rom.

ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya, dan satu-satunya lelaki HABSYAH (berkulit hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini iaitu BARRACK OBAMA.

Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang At-Tabrani : Di antara tanda-tanda akhir zaman ialah bila masa KAABAH akan diruntuhkan dan pelakunya seorang lelaki berketurunan HABSYAH yang dilantik menjadi pemerintah ROMAN.

Wallahu a'lam



No comments: