Friday, January 18, 2013

Formula Varsity 2012 (R-Day)



Assalamualaikum

tiada pembuka bicara,cuma perasaan sedih dan hiba mampu ku ungkap kan..aku merasa kosong dengan sekian lama merasa gundah gulana..bunyi macam sedih je kan. ye ye jeeeee.


hari sabtu 14/10.2012. seperti yang korang tahu or tak tahu. aku menyertai pertandingan formula varsity. nak di jadi kan cerita hari tu tersangat la kecewa+hampa+hiba+sedih+numb+blue+penat+sakit hati+sakit jantung+risau semua ada la..
event formula varsity tu start hari sabtu iaitu qualify day.. dimana IPT-IPT menguji jentera masing-masing untuk test run and mengambil masa untuk mendapat tempat pada hari keesokan nya di race day..

tapi sebelum qualify day tu..kitaorang ade buat launching pasal kiteorang punya jentera tu.

Pulun bak hangg tolakk keghetaaa..haha














Jadil laaa nohh, kuaqq suraq khabaqq tampaii pelekat pun xpaaa eyhh




lepas je launching. then pada keesokan hari nya jentera kena masuk di paddock dekat track. and rule pertandingan, jentera tak boleh bawak keluar sepanjang event tersebut..so tak boleh buat apa-apa la. harap kan pagi dari kul 7a.m-7p.m

14/10/2012 (sabtu)

Pagi tu. kitaorang yang terlibat, siap sampai awal pukul 7 dekat track. setting-setting barang and kereta semua dan hari tu jugak la juri-juri datang nak tengok spek-spek jentera kereta masing-masing serta presentation.
then lepas habis presentation semua. pihak penganjur membenarkan semua jentera "test run" untuk driver-driver study track dulu macam mana semua kan. after that,lepas zohor mula la ujian masa untuk menentukan tempat pada hari perlumbaan pada esoknya..

Time test run semua pasukan dalam keadaan baik..tak ada satu kemalangan pun yang berlaku. then mula q untuk kitaorang buat ujian masa. time jentera kitaorang test ujian masa tu, masa kereta tengah memecut laju lebih kurang 279km/h =p di jalan yang lurus berpandukan hati, dan kemudianya mengambil selekoh yang tajam yang bersudut 270' la sangat..jentera kitaorang ketika itu tidak dapat dikawal dan kemudian nya "terbang dan berpusing 360' berkemungkinan ada masalah teknikal disitu or mungkin kereta laju sangat nak sedapkan hati... jentera kami berpusing 3x. keadaan driver time tu sangat genting sebab kepala driver touch dekat jalan.

kitaorang pun dari paddock teros berlari ke tempat kejadian. driver di masukan ke dalam ambulan dan alhamdulilah driver selamat.. dan keaadaan kereta ketika itu hampir total lost.

Jam menunjukan pukul 5p.m. so we have 2 hours before pukul 7p.m and after 7p.m tak boleh masuk track pada sebelah malam nya..sebab itu adalah rule competition. so kami tidak dapat membuat apa-apa selama 2 jam..hanya dapat ukur dimension and check barang-barang yang rosak untuk di buat di bengkel pada malamnya.. lepas je magrib.. geng-geng semua teros ke bengkel menyiapkan barang-barang yang rosak.. 

yang menjadi masalah. kereta tak ada..so susah untuk kitaorang nk repair and buat test dekat kereta, hanya menggunakan imagination jela dan juga teknik pembahagi bayang.

14/10/2012(Ahad)


mulalah hari (Race Day) di mana ketika itu hari pertandingan berlangsung. sebelum matahari muncul. kitaorang dah terpacak dekat paddock . lepas je pukul 7a.m dan kami di benarkan masuk ke dalam. kitaorang semua pulun habis la menyiapkan kereta kitaorang. tuhan je la tahu. macam-macam dugaan ketika itu. keadaan sangat tegang.. semua tension . jam dah menunjukan pukul 10a.m. still tak siap lagi.. satu-satu masalah yang datang, boleh kata boleh bergaduh la time tu ceritanya. 


keadaan bertambah tertekan apabila semua kereta dah siap sedia di petak masing-masing.. kami di beri masa 15 min lagi sebelum race bermula. satu-satu masalah timbul. settle masalah tu, benda lain pulak yang rosak.. it's very hard to repair in pressure. finally alhamdulilah siap jugak but. we donoe the condition of the car. memang la siap semua, tapi tak tau balancing tayar semua.. so we decide. dah penat-penat kita buat kereta ni berhari-hari tak tidur. as long dia dapat berjalan 1 lap pun jadi la. dengan semangat dari semua pasukan-pasukan yang lain malah diaorang sangat kagum dengan semangat kitaorang yang tidak mengaku kalah..ermm dah la korang layan gambar je la. sedih nak ceghiteeeeee sob.sob.sob =.=













sedihhh oooo tengok kereta macam ni..ermmm.. tapi takpa semangat pasukan tu yang penting, dan tiada berlakunya menunding jari menyalahkan siapa-siapa =)

walaupun sedikit kecewa, tetapi kekecewaan itu di ubati dengan kemenagan tempat ke 3 dengan jentera pasukan kami yang lagi satu.. so terubat la sikit hati kan.. tuan rumah ade menang jugak =p

ok korang layan je la gambar-gambar sepanjang hari perlumbaan tu..zassssssssssss









UTEM - FKM second place for qualify














Nampak tak muka zombiee yang tak tido berbulan-bulan =p



Next Raca 2013 at Unimap mudah-mudahan masih kuat fizkikal dan mental.. mana la tahu boleh jumpa Ainan Tasneem =p

6 comments:

Khalid Kyle said...

Aku rase aku antara org terawal yg naik bnde ni.mase tu prototype lagi kot... kt dewan besar

aizadalias said...

owh yeke.. x nampak pun kau..haha bukan kau dah habis ke?

Mohd Shazrin said...

pergh terbaek bro~

jemput singgah
http://shazrinmraz.blogspot.com/2013/01/kitar-hidup-seorang-hamba.html

GaRy™ said...

owh... 2013 Unimap tuan rumah ek?.. boleh la jumpa ni.. hahaha.. nak jumpa ainan pun tarak hal.. gua boleh urus.. hehehe.. bespren gua bai... hahahaha..

aizadalias said...

shazim : thanks bro =)

gary : a'ah 2013 unimap tuan rumah.. owh ye ke.. leh la tengok secara live..haha

Khalid Kyle said...

aku blom habes ler. ngah wat master kt utem ni hah