Sunday, July 1, 2012

EURO 2012

cikgu main bola, hari-hari cikgu main bola.

Sekarang ni musim bola, dekat mana-mana pun orang cakap pasal bola, tambah-tambah sekarang ni musin EURO 2012 kan. kat bilik cakap bola, dekat kelas cakap bola.. tengah exam pun teringat dekat bola, tengah berak ingat bola, apa lagi waktu tidur, tidur pun mimpi bola, nak makan nasi pun kalau boleh bentuk bola.. senang citerrrr bola la semuanya.. and 4sure my favourite team is spain.. aku suka spain maybe sebab real madrid kot, coz hampir semua player 1st11 spain semuana player madrid + barca, senang cerita dari keeper sampai la striker.. all star la semuanya.





Time waktu-waktu ni la kita boleh tengok macam-macam gelagat manusia yang terlalu taksub pasal bola ni, sampai boleh gaduh kot, kalau yang lawak tu jangan cerita la macam mana, ada yang duduk atas tong gas macam kawan aku ni, and ada yang sanggup panjat pokok tengok bola gara-gara tak ada tempat duduk dekat stadium or lebih dikenali kedai mamak..itu tak apa la, yang paling aku ptuihhhh gila, bila perempuan yang terlalu taksub tengok bola ni.. contoh kalau lelaki maki-maki ke, mencarut ke apa bana ke, takpe la kot rasanya sebab kami ni lelaki, ada sifat ganas sikit.. ini aku tengok perempuan yang bertutup rapi + bersopan santun la konon nya, muka abis ayu la gituu mencarut-carut tengok bola, kalau boleh diorang nak baling kerusi semua, yang dekat twitter pulak jangan cakap la maki hamun serapah semua.. haish, aku yang bukan perempuan ni pun malu tengok korang macam tu.. awak tu perempuan.. tunjuk la sifat perempuan sikit..sedeyhhhhhhh











Ermm, nampak tak "paceetttt" aku tu? dia boleh buat otai pulak duduk tengah-tengah orang ramai tu kan, nasib baik bola belum start lagi sebab tu tak ramai orang sangat time ni, kalau tak dah kena bakooo dah tu...hahahha, cerita nye cengini, hari tu aku balik je kelas, dah tak tau mana nak park kereta al-maklumla kolej kediaman aku ni dekat dengan MMU, so parking susah nak dapat.. so aku parking la dekat depan " stadium mamak abra " ... kalau tengok time bola, sampai ke hujung-hujung jalan orang tengok,, sedang aku lepak-lepak dekat bilik, member aku call, " ejad kereta kau nak kena pecah tu, baik ko alihkan cepat " a'ah kan aku terlupa nak alihkan... terus lupa semua, masuk je aku kat kereta, semua orang usha.. yang mamak-mamak pekerja tu  jangan cakap la, kejooo aku bawak parang.. nasib baik sempat lari..hahahhaa, apa-apa pun malam ni penentu segalanya.. hope spain menang!!


" la viva espana " =D


5 comments:

Cik Anis said...

demam bola dh nk kebah dh hahaha bola dh nk hbis :) eh jom follow cik anis :)

Farn said...

haha. kalau sy jadi tokey kdai, saya letak tisu gn sudu atas kereta tu. so, sape nak tgok bola yg 1st class pnye seat,panjat mai la bumbung keta nih.hahah.

Nur Aischa said...

walaupun euro 20212 dah habis, tp masih terasa bahang dia.. :D wahh betul2 parking kereta kat situ?? hahah

E'in said...

xlayan bola.. haha

aizadalias said...

spain spain spain =D