Sejarah kadang-kadang nya tidak berlaku dengan kebetulan, tetapi ia telah berlaku dengan dirancang untuk dilakukan. Dalam dunia ni ada banyak benda yang dirahsiakan, sedangkan manusia pun banyak rahsia, bahkan negara pun penuh dengan rahsia, kalau tak, tak ada la perkataan rahsia kerajaan kan, ini apa kan lagi kat dunia sekarang ni.
Olimpik 2012 yang sedang berlangsung sekarang ni, sedar tak sedar secara halus atau terang-terangan, korang perasan tak pasal pembukaan sukan olimpik hari tu? memandangkan aku suka tengok the arrival and baca bab-bab freemason and illuminati ni..ok meh nak share sikit..
Seperti yang kita tahu bandar kota maksiat iaitu bandar bola EPL korang tu telah dipilih sebagai tuan rumah olimpik 2012, manakala tahun 2012 yang sering kita dengar dari golongan illimunati ini yang taksub akan kiamat iaitu akan muncul nya dajal.
Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri. Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ni, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dan yang menjadi musykil perlu ke tahun 2012 mempunyai satu titik yang berada di tengah-tengah simbol olimpik itu?Then korang nampak tak permainan diorang kat situ.. jadi lah olimpik london ZION.
ZION kalau korang tanya google maps ia terletak di sebuah bukit di Jerusalem, dimana diidamkan oleh yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran dajal untuk ke dunia bagi menguasainya.
kalau korang tengok rakaman pembukaan olimpik hari tu, ada perasan tak sebatang pokok yang diletakkan atas bukit, lepas tu ramai-ramai orang panjat atas bukit tu kan.. rupa-rupanya pokok itulah pokok yahudi berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W
Selain itu gambar di atas dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di sungai Nil kerana bimbang akan tentera firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu.. Lihat pada gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan upacara pembukaan Olimpik 2012, menunjukkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu muncul pula 1 patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat.Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa A.S yang mempunyai tongkat dan mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang ALLAH SWT telah berikan kepada beliau..
Nabi Musa menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari ALLAH SWT bagi menyelamat kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar firaun. Dan dengan kuasa ALLAH SWT laut itu terbelah dua dan ketika firaun melintasnya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan firaun dan pengikutnya.. Gambar di atas mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut.. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta
1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M
Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebh kurang 18 meter? Wallahu'alam
Stadium Olimpik london 2012
Kalau korang tengok dari sudut atas stadium olimpik korang akan nampak simbol-simbol freemason seperti mata dajal.. apakah ini hanya kebetulan? korang dah besar kan, pikir la sendiri
And the last thing, korang tahu tak pasal 'game card illuminati'
daripada pakcik wikipedia : ' illuminati is a standalone card game made by Steve Jackson Games, inspired by THE illuminatus Trilogy by Robert Anton Wilson and Robert Shea. The game has ominous secret societies competing with each other to control the world through sinister means......
baca lanjut dekat sini http://en.wikipedia.org/wiki/Illuminati_(game)
contoh-contoh game card illuminati dan rancangan jahat mereka.
Mungkin semua ini kebetulan..kalau korang nak tengok banyak lagi korang leh tengok dekat sini
Kita tak boleh terlalu taksub sangat dengan semua ni.. ini semua hanya untuk kita lebih mengingati bahawa dunia di akhir zaman sekarang.. dan musuh islam di mana-mana dengan rancangan licik diorang.. tak perlu nak tunggu seru baru la nak bertaubat.. bila-bila pun boleh mati.. ni nak dengar perkataan kiamat baru lah nak sedar..
Sekian, jika ada silap harap tegur.. biasalah manusia tak sempurna
salam~