Friday, January 18, 2013

Formula Varsity 2012 (R-Day)



Assalamualaikum

tiada pembuka bicara,cuma perasaan sedih dan hiba mampu ku ungkap kan..aku merasa kosong dengan sekian lama merasa gundah gulana..bunyi macam sedih je kan. ye ye jeeeee.


hari sabtu 14/10.2012. seperti yang korang tahu or tak tahu. aku menyertai pertandingan formula varsity. nak di jadi kan cerita hari tu tersangat la kecewa+hampa+hiba+sedih+numb+blue+penat+sakit hati+sakit jantung+risau semua ada la..
event formula varsity tu start hari sabtu iaitu qualify day.. dimana IPT-IPT menguji jentera masing-masing untuk test run and mengambil masa untuk mendapat tempat pada hari keesokan nya di race day..

tapi sebelum qualify day tu..kitaorang ade buat launching pasal kiteorang punya jentera tu.

Pulun bak hangg tolakk keghetaaa..haha














Jadil laaa nohh, kuaqq suraq khabaqq tampaii pelekat pun xpaaa eyhh




lepas je launching. then pada keesokan hari nya jentera kena masuk di paddock dekat track. and rule pertandingan, jentera tak boleh bawak keluar sepanjang event tersebut..so tak boleh buat apa-apa la. harap kan pagi dari kul 7a.m-7p.m

14/10/2012 (sabtu)

Pagi tu. kitaorang yang terlibat, siap sampai awal pukul 7 dekat track. setting-setting barang and kereta semua dan hari tu jugak la juri-juri datang nak tengok spek-spek jentera kereta masing-masing serta presentation.
then lepas habis presentation semua. pihak penganjur membenarkan semua jentera "test run" untuk driver-driver study track dulu macam mana semua kan. after that,lepas zohor mula la ujian masa untuk menentukan tempat pada hari perlumbaan pada esoknya..

Time test run semua pasukan dalam keadaan baik..tak ada satu kemalangan pun yang berlaku. then mula q untuk kitaorang buat ujian masa. time jentera kitaorang test ujian masa tu, masa kereta tengah memecut laju lebih kurang 279km/h =p di jalan yang lurus berpandukan hati, dan kemudianya mengambil selekoh yang tajam yang bersudut 270' la sangat..jentera kitaorang ketika itu tidak dapat dikawal dan kemudian nya "terbang dan berpusing 360' berkemungkinan ada masalah teknikal disitu or mungkin kereta laju sangat nak sedapkan hati... jentera kami berpusing 3x. keadaan driver time tu sangat genting sebab kepala driver touch dekat jalan.

kitaorang pun dari paddock teros berlari ke tempat kejadian. driver di masukan ke dalam ambulan dan alhamdulilah driver selamat.. dan keaadaan kereta ketika itu hampir total lost.

Jam menunjukan pukul 5p.m. so we have 2 hours before pukul 7p.m and after 7p.m tak boleh masuk track pada sebelah malam nya..sebab itu adalah rule competition. so kami tidak dapat membuat apa-apa selama 2 jam..hanya dapat ukur dimension and check barang-barang yang rosak untuk di buat di bengkel pada malamnya.. lepas je magrib.. geng-geng semua teros ke bengkel menyiapkan barang-barang yang rosak.. 

yang menjadi masalah. kereta tak ada..so susah untuk kitaorang nk repair and buat test dekat kereta, hanya menggunakan imagination jela dan juga teknik pembahagi bayang.

14/10/2012(Ahad)


mulalah hari (Race Day) di mana ketika itu hari pertandingan berlangsung. sebelum matahari muncul. kitaorang dah terpacak dekat paddock . lepas je pukul 7a.m dan kami di benarkan masuk ke dalam. kitaorang semua pulun habis la menyiapkan kereta kitaorang. tuhan je la tahu. macam-macam dugaan ketika itu. keadaan sangat tegang.. semua tension . jam dah menunjukan pukul 10a.m. still tak siap lagi.. satu-satu masalah yang datang, boleh kata boleh bergaduh la time tu ceritanya. 


keadaan bertambah tertekan apabila semua kereta dah siap sedia di petak masing-masing.. kami di beri masa 15 min lagi sebelum race bermula. satu-satu masalah timbul. settle masalah tu, benda lain pulak yang rosak.. it's very hard to repair in pressure. finally alhamdulilah siap jugak but. we donoe the condition of the car. memang la siap semua, tapi tak tau balancing tayar semua.. so we decide. dah penat-penat kita buat kereta ni berhari-hari tak tidur. as long dia dapat berjalan 1 lap pun jadi la. dengan semangat dari semua pasukan-pasukan yang lain malah diaorang sangat kagum dengan semangat kitaorang yang tidak mengaku kalah..ermm dah la korang layan gambar je la. sedih nak ceghiteeeeee sob.sob.sob =.=













sedihhh oooo tengok kereta macam ni..ermmm.. tapi takpa semangat pasukan tu yang penting, dan tiada berlakunya menunding jari menyalahkan siapa-siapa =)

walaupun sedikit kecewa, tetapi kekecewaan itu di ubati dengan kemenagan tempat ke 3 dengan jentera pasukan kami yang lagi satu.. so terubat la sikit hati kan.. tuan rumah ade menang jugak =p

ok korang layan je la gambar-gambar sepanjang hari perlumbaan tu..zassssssssssss









UTEM - FKM second place for qualify














Nampak tak muka zombiee yang tak tido berbulan-bulan =p



Next Raca 2013 at Unimap mudah-mudahan masih kuat fizkikal dan mental.. mana la tahu boleh jumpa Ainan Tasneem =p

Wednesday, January 9, 2013

Wordless Wednesday













Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau menjauhinya. Dan bila dia hilang suatu masa daripada pandanganmu, Kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari...




Friday, December 14, 2012

Short Post



Donoe how to start actually,lama sebenarnya aku tak berbelog ni..rasa dah macam janggal pun ada. lantak la.kisah pulak aku.dalam otak ni,macam-macam benda aku nak update.tapi di sebabkan masa yg menceburui ku. Terbatas pulak nak mengHupdate ni..


Sekarang adalah minggu-minggu terakhir sebelum aku melangkah ke final exam.apa-apa pun beban semakin kurang,tapi still ade test di minggu-minggu terakhir..uwaaaaaaaa. aku tak berapa nak faham dengan situasi sekarang ni. kenapa orang lain boleh tiap-tiap malam keluar minum melepak.. seghonok pergi sana pergi sini..tengok kawan-kawan dekat lain pun same. ade mase lagi nk pergi stadium la,pergi mall la, makan cendol kat tepi jalan..tengok wayang midnight..perhhhhh..gua tiap-tiap malam beli bungkus je makan kt umah agak lapoo sikit wat megiee..bnyak nauuu benda nak buat..dah la tiap-tiap hari kelas dari 8a.m-5p.m $^%*&(*^+!!@$(^*W^%$.. 
dari sem 1 sampai la nak masuk sem 4.. jam crdt aku adalah 20 jam crdt.. orang lain paling kuat pun 16 jam crdt =.=

Sem ni aku ade 7 subjek.. so bermakna ia mempunya 7 test, 7 lab test, 7 projek, and 7 final exam.. dan aku dah buat analysis and calculation.. iaitu 1 subjek sekurang-kurangnya aku ambik average dalam setiap 7 subjek la.. average kuiz ade 3 setiap subjek.. so 7x3=21.. setiap subjek ade lab.. so average 1 subjek ade 4 experiment 7x4=28, then lepas dah ade experiment mesti la ade lab report so the same things is 7x4=28… manakala assigment pulak average ade 3.. so 7x3=21. ok tuto aku ambik 1 jela for each subjek so 7x1=7. projek memang tak boleh lari dari kos engineering ni..nama pun  projek.. setiap projek ade report presentation and drawing.. 7x1 and 7x1 = 14 + 7 projek=21 + drawing7x1=28..then beli bahan-bahan projek pergi sana pergi sini buat kerjalapangan lagi..tu dah macam mane pulak kira tu.ok tu xpe..kita abaikan.. 1 semesta iaitu bersamaan 14 minggu kuliah tidak termasuk cuti..ni aku ambik average and estimate je...kalau kira satu-satu..boleh pengsann.
so bermakna 14x7(termasuk sabtu and ahad) = 98hari


(TEST=7),(LABTEST=7),(FINALEXAM=7),(7PROJEK=28{presentation7x1=7report7x1=7projek7x1=7drawing7x1=7}),(KUIZ7x3=21),(TUTORIAL7x1=7),(ASSIGMENT 7x3 =21)(7LAB28x2=56{experiment7x4=28labreport7x4=28})          



7+7+7+28+21+7+21+56 = 154


154 perkara yang hendak di buat dalam masa 98 hari termasuklah hari sabtu dan ahad… dengan pelbagai aktiviti yang diceburi.so bila nya nak study? Sempat ke nak cover the whole thing dalam mase seminggu time study week ni? Ohh no.. x tau la sem ni… dah la awal-awal hari tu aku masuk formula varsity tu..dah banyak dah lost... sem ni la pulak banyk subjek-subjek killer + 7 paper untuk final dalam masa 10 hari 20jamcrdt...peerrrhh x tau la.. nak buat terok macam mane pun aku kena mengadap jugak,so aku buat relex je la.di kesempatan ini aku nak berterima kasih juga kepada kawan-kawan sebelum ni yang banyak tolong buat assigment semasa aku ade event FV tu serta tolong sign kan attendance aku sampai aku sendiri tak reti nak buat sign yang korang reka kan untuk aku..haha..and tidak lupa juga copy,paste,edit dalam hal-hal tertentu =p maklum la tido lab je kan and tak lupa juga kepada toyol-toyol yg sangat membantu..terima kasih..nanti aku grad aku bawak korang sekali masuk dewan..hahaha

Dulu orang cakap kalau nak hafal sebuah buku tu, blend buku tu then minum..agak-agak buat macam ni boleh tak 1 buku masuk kepala? akhir kata ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada sesiapa yang akan mengambil pepereksayannnn akhyirrrr yang akan datang..tak kira la pepereksayannnn ape pun..wish you good luck...ok until then.. salam =)








Sunday, October 7, 2012

Dream



every morning you have two choice,continue to sleep with dreams or wake up and chase your dream, the choice is yours.. and this is my dream.. " by hook or by crook" whether it's possible or not.. i don't care..i want it, only time can prescribe.one of my wishlist.

NISSAN SKYLINE GTR 34










RB26 Twin Turbo



NISSAN SKYLINE GTR 34 & 35



Skyline GTR generation,id be happy with any of them! lol



the time will come.hope i can get it.insyALLAH amin!

just wait baby,
my tabung untuk masuk minang u..hehe 





I choose to love you coz it's not have word "rejection" =)





Monday, September 3, 2012

TEMAN PENGGANTI



Aku kan pergi,
pergi ku tak kan kembali


sejak akhir-akhir ni, aku selalu menghabiskan hawa nafsu telinga aku mendengar lagu 'Teman Pengganti" by Malique feat Black mentor.. series aku suka lagu ni.. walaupun sedih bila dengar. Siapa tak kenal Malique, ni la rapper melayu sejati yang terbaik pernah aku jumpa.. aku memang minat Malique ni dari too phat lagi dengan Joe Flizo.. biasa la zaman sekolah-sekolah dulu.. nak terlompat-lompat je kan (hip hop) sebab tu la layan too phat.

Malique tak pernah tulis lagu kosong, semuanya ada isi yang datang khas dari dalam lubuk hati. Dalam berkias dia cuba sampaikan, cuma tinggal kita untuk ungkapkan. mana tak nya semua lirik-lirik dia betul-betul menyentuh perasaan. banyak yang tersirat, terlalu seni dan berkias-kias

Aku dapat rasakan malique ada menyembunyikan sesuatu. kalau korang perasaan Malique jarang keluar media walaupun semua lagu-lagu dia meletop-letop.
aku try nak taksirkan apa di sebalik lirik lagu ni.. tapi hanya taksiran aku semata-mata.. jangan terlalu serious sangat pasal ini ok..

Rahsia ini 
telah lama ku pendamkan
 tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
tiba masanya kau cari teman pengganti.



ada rumors mengatakan dia ni ada barah otak.. Walllahualam.

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

apa yang aku dapat baca dari lirik ni, dia (hero dalam lagu ni) dapat rasakan dalam mimpi nya, seolah-olah dia nampak isteri nya sedang bahagia dengan pengganti dia yang akan datang selepas dia pergi, dia dah jangka benda ni akan berlaku dan redha



Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah



biasala kan.. time tengah sihat.. macam korang bercinta jugak.. nak sehidup semati tak gitu? sedih happy korang dengan makwa/pakwa.. tak sama ke? 



Dalam dunia yang maya prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, di tindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tidak memahami
Kau sudi selami, dalami dan megalami


apa yang aku rasa, kalau betul la lagu ni pasal dia, korang tahu tak pasal malique dan isteri dia melissa kena rompak.. malique kena tetak.. dan isteri dia melissa di cabul? mungkin la ada terselit sikit kat sini aku rasa..  aku just rasa je.. ok abaikan tak ade kena mengena..try la baca lirik tu


Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


siapa lagi pendengar setia si suami kalau bukan isteri bagi seorang suami? kalau dah duduk 1 bumbung and conform sebagai suami isteri mesti bermaafan dahulu di pagi syawal and seolah-olah lirik ni cakap ni syawal terakhir bagi nya.

maksud 70 000 hijab..korang boleh baca sendiri dekat sini


Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri


kalau korang tengok badan dia sekarang memang kurus. .. dia macam tau dia memang sakit. ( kalau la) aku tak berani nak cakap.. kang aku pulak kena saman.. tak kena mengena ok. just hero dalam lagu ni.


Lagu ini yang terakhir aku sajikan,
Kalau rindu nanti bolehla kau nyanyikan,
Jaga diri jangan makan hati,
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti,
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi,
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup majlis itu nanti


dia nak cakap kat isteri dia, ni lagu yang terakhir dia karya, cincin kahwin duit semua dia sudah sediakan.. moga cukup majlis itu nanti? aku musykil majlis apa.. majlis kebumian or majlis perkahwinan baru bini dia nanti 


Aku kan pergi, 
Bertemu kekasih abadi,
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

aku kan pergi bertemu kekasih abadi, adakah itu bermaksud bila kita sudah tiada kita akan bertemu tuhan.. siapa lagi kekasih abadi kalau bukan tuhan... and seolah-olah dia  suruh bini dia cari penganti dia .


ni hanyalah taksiran aku sahaja.. korang-korang jangan ambik series.. korang dah besar kan.. pandai-pandai la pikir pasal lirik ni.. tak kena mengena antara hidup dan mati.. sekadar lagu pengubat hati

salam~


Semoga panjang umur & bahagia hingga ke anak cucu                                    




latest album " MANTERA ", the cover of the album is quite strange =) . And the last song for this album " Teman Pengganti "




TEMAN PENGGANTI




Wednesday, August 8, 2012

Rancangan yahudi Olimpik 2012 (ZION)




Sejarah kadang-kadang nya tidak berlaku dengan kebetulan, tetapi ia telah berlaku dengan dirancang untuk dilakukan. Dalam dunia ni ada banyak benda yang dirahsiakan, sedangkan manusia pun banyak rahsia, bahkan negara pun penuh dengan rahsia, kalau tak, tak ada la perkataan rahsia kerajaan kan, ini apa kan lagi kat dunia sekarang ni.

Olimpik 2012 yang sedang berlangsung sekarang ni, sedar tak sedar secara halus atau terang-terangan, korang perasan tak pasal pembukaan sukan olimpik hari tu? memandangkan aku suka tengok the arrival and baca bab-bab freemason and illuminati ni..ok meh nak share sikit..

Seperti yang kita tahu bandar kota maksiat iaitu bandar bola EPL korang tu telah dipilih sebagai tuan rumah olimpik 2012, manakala tahun 2012 yang sering kita dengar dari golongan illimunati ini yang taksub akan kiamat iaitu akan muncul nya dajal.

Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri. Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ni, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dan yang menjadi musykil perlu ke tahun 2012 mempunyai satu titik yang berada di tengah-tengah simbol olimpik itu?Then korang nampak tak permainan diorang kat situ.. jadi lah olimpik london ZION.

ZION kalau korang tanya google maps ia terletak di sebuah bukit di Jerusalem, dimana diidamkan oleh yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran dajal untuk ke dunia bagi menguasainya.





kalau korang tengok rakaman pembukaan olimpik hari tu, ada perasan tak sebatang pokok yang diletakkan atas bukit, lepas tu ramai-ramai orang panjat atas bukit tu kan.. rupa-rupanya pokok itulah pokok yahudi berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W









Selain itu gambar di atas dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di sungai Nil kerana bimbang akan tentera firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu.. Lihat pada gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan upacara pembukaan Olimpik 2012, menunjukkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas sungai Nil ketika waktu malam.



Selepas itu muncul pula 1 patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat.Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa A.S yang mempunyai tongkat dan mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang ALLAH SWT telah berikan kepada beliau..
Nabi Musa menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari ALLAH SWT bagi menyelamat kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar firaun. Dan dengan kuasa ALLAH SWT laut itu terbelah dua dan ketika firaun melintasnya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan firaun dan pengikutnya.. Gambar di atas mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut.. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta

1 HASTA    = 45.72 CM
40 HASTA  = 1828.8 CM
1828.8 CM  = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebh kurang 18 meter? Wallahu'alam


Stadium Olimpik london 2012




Kalau korang tengok dari sudut atas stadium olimpik korang akan nampak simbol-simbol freemason seperti mata dajal.. apakah ini hanya kebetulan? korang dah besar kan, pikir la sendiri

And the last thing, korang tahu tak pasal 'game card illuminati'



daripada pakcik wikipedia : ' illuminati is a standalone card game made by Steve Jackson Games, inspired by THE illuminatus Trilogy by Robert Anton Wilson and Robert Shea. The game has ominous secret societies competing with each other to control the world through sinister means......

contoh-contoh game card illuminati dan rancangan jahat mereka.






Mungkin semua ini kebetulan..kalau korang nak tengok banyak lagi korang leh tengok dekat sini


Kita tak boleh terlalu taksub sangat dengan semua ni.. ini semua hanya untuk kita lebih mengingati bahawa dunia di akhir zaman sekarang.. dan musuh islam di mana-mana dengan rancangan licik diorang.. tak perlu nak tunggu seru baru la nak bertaubat.. bila-bila pun boleh mati.. ni nak dengar perkataan kiamat baru lah nak sedar.. 
Sekian, jika ada silap harap tegur.. biasalah manusia tak sempurna
salam~