Friday, August 3, 2012

SMART CLEANING CEILING FAN



Nowadays, all the residential houses equip with blade fan, because of the design and the way it can reduce the hot temperature, this fan blade installed at the top of the house or at the ceiling.. because the high of this fan blade from the floor, make it difficult to clean without using the additional equipment like steel stairs .
(amboi cakap ongputih lak aku) he he he he.

bahasa rojaknya,boleh dikatakan zaman sekarang semua rumah mempunyai kipas siling. tapi kalau yang terlebih kaya tu tak pakai la kot rasanya... mahu sampai ke tandas pun pasang air-cond kan? so untuk aku punya mini projek untuk sem lepas.. aku dan group aku buat la satu projek ni..

nama pun mini projek.. so buat yang simple-simple je as long it can function.. aku bagi tips la kalau nak buat apa-apa projek, kita cari je mana-mana masalah dan kita atasi masalah tersebut.. contoh nya group aku buat research sikit, masalah apabila hendak membersihkan kipas siling.. sering kali kalau kita lihat ibu bapa kita terpaksa naik tangga untuk bersihkan bilah kipas bukan? risiko tu tinggi, kang kalau terjatuh.. apah tak heyyyy yopppppp..so aku dapat idea dari situ..





bagi memulakan sesuatu produk, tak kira la apa-apa produk pun kat dunia ni.. semuanya dimulakan dengan sketching then lepas tu kita boleh draw la dekat mana-mana software CAD contonhya yang aku sering guna CATIA...hehe..ye la dengan korang draw pakai software ni.. korang boleh try and error contoh kalau projek-projek yang besar sebelum ni macam buat kereta tu.. dengan CAD ni kita boleh wat analisis, try barang tu barang ni.. so di alam maya CAD ni.. tak ada pembaziran dari segi wang, tenaga dan apa-apa pun kalau kita tukar-tukar design and materials produk tersebut.. so sehinggalah kita decide the best design then kita boleh fabricated.

then group aku decide nak guna barang yang terpakai je.. nama pun mini projek.. bukan nye final year projek..investment banyak-banyak pun macam rugi jugak.. tapi kalau korang nak nampak cantik.. tak salah nak keluar modal lebih sikit =)


kan dah senang gituuu.. tak payah nak rabat tinggi-tinggi kan


nama projek ni adalah " SMART CLEANING CEILING FAN " . function benda ini senang je.. korang just masukan bilah kipas tu yang di apit oleh berus roller.. then just on swtich, motor akan bergerak dan roller akan berpusing dan bersihkan habuk-habuk pada bilah kipas tu.. just flow je dekat bilah tu.. senang kan =)

barang-barang terpakai kat tepi-tepi jalan pun korang boleh dapat, berus roller cat rumah tu yang cantik-cantik korang boleh beli.. yang kitaorang ni dah kena gigit dengan tikus..haha + dengan batang dia untuk holder, then DC motor and kit elektronik korang boleh beli kat kedai elektronik and gear untuk gerakan roller tersebut dan lastly bateri..


jangan pakai motor kereta dash yonkuro udah le..haha




plus minus projek ni... hanya RM30 sahaja...kami hanya guna barang-barang terpakai. tu yang nampak buruk tu.. lagi pun ni just prototype.. tapi nampak kan benda ni function macam mana, kalau nak buat inovation lagi cantik pun boleh.. 


time presentation





tak payah tengok la muka aku yang tak tidur-tidur tu, lagi pun muka forever alone kan..haha.. di ulang sekali lagi. projek menggunakan barang terpakai.. korang boleh cantik kan dia dengan beli yang baru-baru sikit berus roller dia tu.+ panjang kan lagi ke batang holder tu. macam aku cakap tadi berus roller kami kena makan dengan tikus...haha

p/s : sorry la, aku tak tahu nak cerita benda apa.. nak cerita life aku pun bukan best pun.. saja la nak share-share ilmu sikit.. mana tahu ada company-company nak beli ke..hehe. ok bye selamat berpuasa =)

credit to our group : Amirul Afiq dan Siti Nur Faezah

kalau nak lihat projek-projek yang dulu klik sini http://aizadalias.pigeon-hole.html


Wednesday, July 4, 2012

Hectic Month =.=
















masuk lab waktu gelap, keluar lab pun waktu gelap.. ok fineeee, memang dah tinggal tulang..hermm =(



Sunday, July 1, 2012

EURO 2012

cikgu main bola, hari-hari cikgu main bola.

Sekarang ni musim bola, dekat mana-mana pun orang cakap pasal bola, tambah-tambah sekarang ni musin EURO 2012 kan. kat bilik cakap bola, dekat kelas cakap bola.. tengah exam pun teringat dekat bola, tengah berak ingat bola, apa lagi waktu tidur, tidur pun mimpi bola, nak makan nasi pun kalau boleh bentuk bola.. senang citerrrr bola la semuanya.. and 4sure my favourite team is spain.. aku suka spain maybe sebab real madrid kot, coz hampir semua player 1st11 spain semuana player madrid + barca, senang cerita dari keeper sampai la striker.. all star la semuanya.





Time waktu-waktu ni la kita boleh tengok macam-macam gelagat manusia yang terlalu taksub pasal bola ni, sampai boleh gaduh kot, kalau yang lawak tu jangan cerita la macam mana, ada yang duduk atas tong gas macam kawan aku ni, and ada yang sanggup panjat pokok tengok bola gara-gara tak ada tempat duduk dekat stadium or lebih dikenali kedai mamak..itu tak apa la, yang paling aku ptuihhhh gila, bila perempuan yang terlalu taksub tengok bola ni.. contoh kalau lelaki maki-maki ke, mencarut ke apa bana ke, takpe la kot rasanya sebab kami ni lelaki, ada sifat ganas sikit.. ini aku tengok perempuan yang bertutup rapi + bersopan santun la konon nya, muka abis ayu la gituu mencarut-carut tengok bola, kalau boleh diorang nak baling kerusi semua, yang dekat twitter pulak jangan cakap la maki hamun serapah semua.. haish, aku yang bukan perempuan ni pun malu tengok korang macam tu.. awak tu perempuan.. tunjuk la sifat perempuan sikit..sedeyhhhhhhh











Ermm, nampak tak "paceetttt" aku tu? dia boleh buat otai pulak duduk tengah-tengah orang ramai tu kan, nasib baik bola belum start lagi sebab tu tak ramai orang sangat time ni, kalau tak dah kena bakooo dah tu...hahahha, cerita nye cengini, hari tu aku balik je kelas, dah tak tau mana nak park kereta al-maklumla kolej kediaman aku ni dekat dengan MMU, so parking susah nak dapat.. so aku parking la dekat depan " stadium mamak abra " ... kalau tengok time bola, sampai ke hujung-hujung jalan orang tengok,, sedang aku lepak-lepak dekat bilik, member aku call, " ejad kereta kau nak kena pecah tu, baik ko alihkan cepat " a'ah kan aku terlupa nak alihkan... terus lupa semua, masuk je aku kat kereta, semua orang usha.. yang mamak-mamak pekerja tu  jangan cakap la, kejooo aku bawak parang.. nasib baik sempat lari..hahahhaa, apa-apa pun malam ni penentu segalanya.. hope spain menang!!


" la viva espana " =D


Saturday, May 26, 2012

FORMULA VARSITY




Assalamualaikum, hari ni last week before study week, dengan ini segala kekacau bilauan yang aku hadapi hingga ke saat ini hampir tamat, nak cerita serba sedikit tentang schedule aku kat sini.. HARI MONCONG = hari dimana aku namakan sempena hari-hari aku dari isnin hingga ke jumaat, sem ni setiap hari aku ada lab, then lab sheet result apa benda $#%$^%#$≈*(!@ semua kena hantar keesokan harinya, which means aku tak boleh lari dari benda-benda ni tiap-tiap hari, then plus dengan assigment, presentation, test, kuiz yang tak pernah cukup-cukup, dengan besoknya test dengan tu la kena submit report, nak present apa bana semua n kuiz,adoiii stresss tiap2 minggu macam ni..sampai tertido dekat fact, pastu subuh baru balik..aku stresssssssssss gilaa, and tak sempat and sentuh langsung subjek yang keesokanya test, and apa bana dengan sem ni di tambah dengan buat mini project, mini project tu pun masalah jugak..time nak present sikit lagi, dan-dan tu la project tak boleh nak running..rasa nak terjun je masa tu..nasib baik ada another solution before start present tu....uwaaaaaaaaa, tak tahu lah kalau final year student macam mana, sebab itu life aku terperuk dalam bilik, orang lain boleh tengok debat ptptn la, slot akasia " seindah sakura " la, yang aku tengok dinding je, eventhough sometimes i pretend to b ok, n wat relex..bbm la, on9 jap, kuar tengok movie la..hurmmm..ok malas nak citer panjang..lantak lah..dah lepas pun azab tu, now menunggu final yang akan tiba

Didalam kesebukan hari-hari aku sebelum tu, aku tergedik hendak masuk 1 aktiviti dekat university aku, aku pun dengan tak sengaja pergi la interview, actually tak tahu pun hari tu ada interview, aku pun dengan slumber badak dengan tak prepare apa-apa pergi je la masuk.. #$^%$^%&^*&(*&(* lepas je 30 min macam tu, habis la sesi interview tu.. then seminggu lepas tu, nama aku naik.. fuh macam tak percaya je, aku memain je pun, tapi di sebabkan dah dapat, pergi jelakan... bukan senang nak dapat...

Ok aktiviti yang aku maksudkan adalah " FORMULA VARSITY " apakahhh? ok let me explain, korang kena baca habis la baru tahu.. nak di jadikan cerita and nak cerita versi pasar punya, " FORMULA VARSITY " ni macam satu pertandingan " F1 (FORMULA ONE) " yang alonso bawak kereta ferari tu semua kat tv, tapi yang ini tak lah sebesar skop macam tu, pertandingan ini disertai oleh semua ipt-ipt dekat malaysia, setiap university hantar beberapa wakil..then race la... setiap uni kena design satu kereta daripada design sampai la kereta siap dan boleh di bawa race... actually event ni dah popular sebelum-sebelum ini,  mungkin sesetengah orang tak di beri pendedahan and tak tahu..








ok pertandingan ini akan di adakan 12 hingga 14 Oktober 2012 di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC Melaka) , track ni dekat dengan tol plus air keroh melaka, track ini juga berhampiran dengan kampus INDUK uni aku sendiri iaitu UTeM... baru aku nak tarik nafas lega and nak relex sikit, dah di busy kan dengan benda ni.. kira nya after aku final exam habis dekat hujung bulan 6, aku terus stay sini, dan tak boleh balik untuk beberapa bulan sehingga aku masuk sem depan, orang seghonokk cuti 3 bulan aku terperok kat sini.harap-harap habis cepat.. nak raya n puasa kat rumah bersama family..uwaaaaaaa, sedihnya rasa.. yang lagi membimbangkan aku and membuatkan aku tak tidur malam hingga ke hari ini






ni la dia, owh tidak, aku diberi tanggunjawab yang besar.. ermmm kenapa aku yang jadi leader design ni..actually aku terpilih pun sebab aku pandai guna 1 software design yg diguna oleh industri pemotoran dan part-part object iaitu " Catia ". sebab dulu zaman diploma pernah belajar and pernah buat short course kat tempat lain dan dapat certificate dari GMI, tapi aku dah cakap time interview tu  yang aku ni tak  power mana pun dalam software ni, aku just biasa-biasa je guna. tak tahulah aku dah pening.. rasa nak tarik diri pun ada.. means aku punya group kena design all part kereta tu..ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....risau aku tak boleh =.= , tapi abang janji!! haha

now dah start progress dah pun, tu la ko aizad gatal-gatal lagi.. tapi ok jugak, apa salahnya ke bidang academic pulak... actually tak berapa nak risau sangat sebab penasihat kitaorang yang mengajar kitaorang kat kelas iaitu teaching engineer  bekas engineer sebelum mereka mengajar di sini, kebanyakan diorang ni belajar oversea dulu, kira nya diorang ni student jepun la di bantu juga dengan lecturer yg power-power n technician yg banyak pengalaman sebelum ni.. benda dah jadi sekarang. nak buat macam mana... tak tidur berbulan-bulan la lepas ni..baru la rasa alam pekerjaan sikit..memang ni pun yang aku nak mengadap bila kerja nanti..










ok ni gambaran awal body, ni baru hanya concept.. tak boleh tunjuk lebih-lebih nanti kena curi.. segala nya akan di update hingga hari pertandingan nanti =)



Gambar di bawah ini adalah kereta UTeM edisi yang terdahulu, UTeM tahun ini menghantar 2 pasukan iaitu Faculty of Engineering Technology and Faculty of Mechanical Engineering




seperti tahun yang sebelumnya.. UTeM adalah penganjur utama bagi semua ipt-ipt di malaysia










Sesiapa yang dekat-dekat dengan melaka or tinggal di melaka jemput la datang yeeeee bagi memeriahkan lagi majlis ni..masuk etro deme cakap..hehehe..ok that's all for today..nanti aku update lagi pasal ini..thanks for reading...salam =)




Saturday, April 14, 2012

How to get Girls






This is the 1st tips how to get a girl, but this tips is the "old school" man, even you are such a beckham,robert pattinson and so what ever, if u dont have money or aset, no one can feel your existence, am i right? ok prove me i'm wrong ;p


duitttttttt,siapa yang tak perlukan duit kan? tanya orang gila pun dia nak duit, memang bukan duit segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit (ayat propa MLM) puiiiiiiiiiiiii, hahahaha.. ok i admit it, memang betul duit penting la kat dunia ni..nak masuk tandas pun dah kene 30sen sekarang, kalau tak ada duit tembak dinding la jawabnya and  tak ada siapa nak pandang, biar la muka macam mana k-pop pun kalau dah tak ada duit..ko senyap je lah, series dah tak ada makna dah sekarang ni.. bak kata member aku ni, siapa ade duit, dia di atas, muka biar pecah rumah janji poket penuh.. tapi betul jugak, tak kan la korang nak bagi makan anak bini korang dengan muke korang tu? bila nak kenyang nye yopppppppppp..hahaha


tapi yang membuat para-para lelaki gigit jari ni, bila awekkk cun couple dengan org tua dan pakwa yang (sila faham sendiri)hehehe, pisaannggg cakap ko...gigit jari la..rasa macam tak adil je dunia ni..haha..joke2...cikgu aku pernah cerita dulu, kenapa awek-awek cun ni berpasangan dengan orang senarai seperti di atas? sebab orang yg tersenarai di atas ni, dia tak segan nak mengayat, diorang berani..kalau kena reject pun tak apa, sebab diorang seperti senarai di atas,cool je.. cuba yang smart-smart and jambu-jambu sikit nak mengorat pastu tak dapat? memang malu, so dah menjadi fobia di situ, itu sebab la yang si smart-smart ni gigit jari je..so jangan tanya kenapa kalau semua awek cun dah habis kena kebas,,cuba awak tengok cikgu, bini cikgu cantik kan? sebab cikgu muka pecah rumah =p
yang smart-smart duduk diam-diam la ye..xde rezeki namanya,maybe korang ada yang tak bersependapat, ok la cerita islam nya sudah jodoh kan nak wat macam mana..ok baikkkk =)


tipuuuu la kalau korang cakap tak suka awek or pakwe yang cantik2 and handsome2 ni., memang fitrah manusia suka tengok benda yang cantik.. pastu jadi alasan  tak pandang rupa, pandang hati..yee memang betul sebaiknya pilih la kerana agamanya..tu kalau tak dapat yang macam tu.. kalau dapat..huh kemainnnn lagi tayang makwa/pakwa..macam diorang je la yang ade kan..ini apa yang aku perasan la..kalau awek tu cun pakwe x smart dia tak tayang pun..tapi kalau smart,mula la update status " kau di lahirkan memang untuku " tak gituuu??hahaha


aku ni tembak orang...seronok je kan?padahal diri sendiri tak sedar ;p, ok2, aku ade pengajaran baru, pengajaran ni aku dapat dari sebuah lagu wali band iaitu " emang dasar " yang berbunyi " kamu mahu apalagi? kamu mahu yang gimana lagi? " bermaksud, kalau dah ade special someone tu bersyukur la, terima la dia seadanya., korang nak yang perfect macam mana lagi oiii? ilmu akhirat pun tunggang langgang lagi.. nasihat untuk diri sendiri jugak =)..semua orang kalau boleh nak ciri-ciri idaman kan.. begitu jugak aku..ok nanti aku citer ciri idaman mane la tahu korang leh adjust-adjust untuk aku ke..heeeee


*kepada si penanti-penanti yang setia menunggu termasuk aku,jangan la kita jadi macam gambar kat bawah ni..sampai ke tua pun tak kahwin. move on dude. nway sorry if entry ni tembak-menembak sesuka hati.peaceeeeeeeeee yoooooooo =)








Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WEDNESDAY



" Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya." 



 

nowadays we do not need theory, all theory we can get everywhere, what we need the skill, even though ur pointer is low dont b sad, just carry on untill grad =)





Sunday, March 25, 2012

PERMASALAHAN adoii punnnn

SALAM


sudah lama jari-jemari tidak menari rancak di atas papan kekunci ini. sambil membersihkan sawang-sawang blog yang lama tak berusik,bagaikan dapur yang lama tidak berasap seumpama ombak di lautan, turut juga sarang-sarang lebah sudah bersenyawa di dalam blog ini  bla bla bla bla bla.. herm i just wonder..why people keep saying  blog bersawang n so whatever kalau lama tak update blog eh?adakah itu rule berbloging?ops aku pun terpenah jugak la cakap benda-benda macam ni kan..hehehe..ok2 aku pun ade wat jugak..ok admit it 0-0 ok?..but why? dah boleh masuk dalam topik yang hendak dibincangkan pada pagi ini.


sebenarnya tak ada topik pun nak di bincangkan, suker hati la kita nak cakap apa pun kan, blog kite..korang pun mesti cakap macam ni kan ;p
Actually saja je nak wat short post, nak wat macam come back gitu, kehidupan sekarang yang makin mencabar membuatkan diriku berpura-pura busy,entah la nak kata nak jadi PM tak ada pun..mungkin banyak lagi benda penting yang nak aku pikir dari melayan dunia alam maya ni dan hati yang pasrah entah sampai kapan bila habis pun aku tak tahu..so kadang-kadang tu boleh la kalau nak menaip ni.. cuma aku nak cakap siang malam ku dengan lab report..adoiiiiiiiiii...sem ni boleh di  kata kan tiap-tiap hari ada lab..then wat report...tansion taukkk..makan ingat report,tidur ingat report,mandi pun ingat report...uwaaaaaa..tapiii itu semua tak menghalang aku berfoya-foya jugak ye kawan-kawan... report-report la..enjoy-enjoy jugak..hihihi...biasalah tu, semua orang ade tanggunjawab masing-masing kan.tak kira la apa sekali pun, tak best la kalau hidup tak ada tekanan ni weyyyyy..sometimes kita kena feel dia..selami tekanan itu..baru kita rasa manisnya...kahkahkah


korang-korang macam mana? sihat ke?alhamdulilah,harap-harap sihat la yeeee =)di kesempatan ini, mohon jasa baik tuan-puan mengundi saya la ye untuk tercalon menjadi MPP,maklum la, tu yang busy sikit sekarang ni...kena promosi diri sendiri..wakakakkaa.



.

* bermasalah macam mana pun kita,orang kata life must goes on,  tak semestinya semua orang yang hari-hari asyik gelak seronok and happy terlompat-lompat tu tak ada masalah...sebenanrnya dia sedang mencuba untuk melupakan perkara yang sedang dihadapi.. so conclusion nya,jangan terlalu memikirkan pada masalah,tetapi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah =) okbyeee