Monday, January 30, 2012

Annual Vacation



Assalamualaikum readers n friends,para2 stalker and pemusuh2 sekelian..turut tidak lupa jugak kepada silent readers,dan turut lagi, tidak lupa jugak kepada SI penikam belakang yg membawa mulut..terima kasih, u just make me famous =P
setelah berhempas pulas akhirnya, aku and the geng sebulat/sepatak suara telah memutuskan pada tarikh 26 rabi'ul awwal 1433 hijrah iaitu bersamaan hari kamis 2 hari selepas raya cina..kami telah mengadakan annual vacation kami seperti tahun2 sebelumnya..

sejarahnya bermula.. selepas aku and kawan2 aku ni habis sekolah, kami akan buat annual vacation means mcm reun
ion la pergi mana2 sejak habis sekolah.. setiap tahun kitaorang akan adakan annual vacation ni..name pn annual kan..kalau korang cari sebelum2 ni punya pic memang x jumpe..aku buat blog ni bru msuk 7 bulan..so yg dlu x sempat nk post ;p

so destinasi kami semenjak 5 tahun ni..masih lgi di tempat yang sama..iaitu di teluk batik perak.. teluk batik n
i dah ibarat macam rumah kedua dah bgi kitaorang...sebab mmg pergi situ je..so x ada la jauh sangat from teluk intan..about 1 hour mcm tu la, depends jugak cara pemanduan..yang beza nya cuma member cukup and x cukup je..biasala sembang melayu kan,so peringatan untuk diri sendiri jugak..ok *take note.

ok aku xnak membebel banyak..korang layan je la k gambar2 ni..sambil2 tu nak promote2 jugak member2 yang hen
sem2 ni..hehe


seperti di jelas kan sebentar tadi..nama pun ja
nji melayu kan..janji nk gerak pukul 3 petang..tup2, pukul 4 petang jugak la baru nak gerak..ok tu dah biasa..tak melayu la kan kalau tepati janji =P


ok, 1st destination kami adalah pergi ke 'giant' untuk beli barang-barang bbq



samapai je giant teros lari pecut pergi beli ayam yang dah siap di peram n di potong...so sampai sane nanti just bakar je


okeh..dah sampai pun teluk batik..so macam biasala perkara wajib mesti buat..apa2 pun posing dulu..hehehe




lepas habis berphotoshoot..siap2 pasang khemah.hari dah nak malam



masing-masing menunjukan skill nak bakar arang..maklumla ade yang budak pelapis la, budak kembara la, budak pengakap la..mcm2 budak la




lepas je habis makan and kemas semua... ni la part yang paling best...kitaorang nama kan permainan ni ' the true', permainan ni kitaorang main macam soal jawab,yang pasti si tukang nak jawab tu haruslah jujur..kitaorang letak botol kat tengah-tengah bulatan kitaorang buat...then pusing..so kalau kepala botol tu berhenti kt arah siapa2..dia la yang kena soal..so ask him everything...tak kira la apa2 soalan pun.. yang tanya tak puas hati ke semenjak berkawan ni,ade yang menekan2,menasihat, luah perasaan..and macam2 la soalan..aku pun tak sangka akan buat permainan ni.dah macam citer hindustan dah..hehehe..but secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kami sebagai kawan =)


lepas sesi meluahkan perasaan tadi..main la game sikit..supaya tak mengantok..korang jangan salah anggap pulak, kitaorang bukan main judi..tapi main permainan ala2 kampung yang di namakan permainan "cangkui kad" hehe..pernah main tak..siapa kalah kene push-ups..


jam pun menunjukan pukul 5,time tu semua dah start tido..angin kuat gile...sejok kot...



sebelum balik..kitaorang mandi la dulu..rugi r datang tak mandi..time ni mandi kul 8..air tak da la sejuk sangat..yang buat sejuk tu angin kuat..orang pun tak ada lagi time ni


lepas je mandi, and kemas2 barang semua.. seperti kebiasaan nya..datang dengan photoshoot, balik pun mesti la dengan photoshoot..hehehhee..ni kawan2 sekolah aku.. 1 kelas lagi.actually banyak lg yang tak dapat nak join...banyak lagi yang kacak2 jugak..hihi..mari2 pilih yang mane nak =P



SEKIAN, semoga persahabatan ini kekal hingga ke anak cucu =D


Friday, January 20, 2012

mahkota lelaki


mahkota lelaki?apakahahh itu??? kontroversi betul la, saja nak bikin panas, yang agak berfikiran adva
nced tu mesti pikir lain kan?haha... manusia sering kaitkan mahkota perempuan adalah rambut?betul ke?begitu jugak bagi aku rambut adalah mahkota lelaki, tapiiiiiiii yang number dua la =P



nak dijadikan cerita,tujuan aku post entry ni, disebabkan..hari tu sebelum final exam.. kebiasaanya aku akan potong rambut coz rimas time nak study..ceh bajet...time sekolah dulu bukan ye2 lagi nak simpan rambut panjang.. kalau boleh nak sampai kaki..pastu habis bangga r tarik rambut sampai kat hidung mcm tu..kahkahkah...bila dah habis sekolah.. tak nak pulak kan..itu lah manusia... bagi aku mungkin manusia ni suka kan cabaran.. i means suka melanggar peraturan =DD



ok,cerita dia cenggini.. hari tu aku pergi la satu akademi saloon ni kat melaka... then bila masuk, nama pun akademi kan, so kat situ ade dua class la professional and amatur...aku pun ambik la amatur coz agak murah sikit disebabkan student yang potong..sedang aku kelebek2 rambut aku,ade sekor mat SALeH ni datang dengan bawak gunting..udah aku dah tepuk dahi dah..dia ni ke nak gunting rambut aku??? aku dah stuck sekajab.. aku tengah pikir amenda la aku nak mencarut dengan mat salleh ni kan..haishhhh

m.saleh : hello, my friends.. what can i do for you

aku : since when i be ur friends??? (dalam hati) . owh hye, i want cut my hair.. but i

just want u to trim only.

m.s : owh sure~



dan-dan la mat saleh ni peramah la pulak..rajin bebenor lak menyembang dengan aku, aku pun layan la dengan bahasa inggeris jawa timur aku.. dia paham tak paham belakang cerita..janji bercakap..hahahhahaha.. aku pelik la jugak..sampai negara luar pun belajar saloon sampai datang kat malaysia..pelik..kat sane tak de akedemi gunting rambut ke... sembang punya sembang, then phone aku berbunyi ada masej masuk. "cit cot,cit cot cit cot, cit cot cit cot cit cot,cit cot cit cot cit cot cit cot cit cot " then mat salleh tu sengih.. " wow, this is the best ringtone i ever heard " aku pun gelak la...hahahhaa..actually ringtone aku ni bunyi itik..korang dulu kecik2 pernah kan mandi kolam..then mak korang ade bagi itik kuning..ala macam mr.bean punyi tu..bile korang picit itik kuning tu binyi.cit cot..tu la bunyi nye.. setelah sttle mat salleh tu gunting.. aku pun agak berpuas hati la jugak.. so i very thankful to him...




sebut pasal rambut, aku belek-belek album lama, terjumpa la gambar2 ni... ok ni nama nye rambut SONG GOKU ye..al maklumla dlu terbawak2 citer dragaon ball ni =D








so antara bahan2 adunan adalah, aku menggunakan wax jenis gatsby, wax gatsyby ni banyak jenis jugak... ikot jenis rambut jugak la...more details korang leh cari dekat mana-mana
kedai berdekatan seperti watsons.. so yang perempuan pun


boleh cuba kalau nak..hehehe





wax ni ade jenis colour, ikot type rambut kita jugak la which means yang macam rambut panjang tu boleh pakai colour purple, n kalau nak wat spike2 sikit tu oren lebih kurang macam tu la..







wax ni bgi aku dah macam keperluan..pergi mane2 pun mesti aku bawak.. nasib baik la ade yang jenis kecik punya..so senang la sikit nak bawak tu..letak dalam poket je..yang besar gedabak tu pakai kt umah







ni antara jenis rambut yang pernah buat =P










yang ni bila dah tua dan malas.. tak larat nk merambut sangat..so pakai cap jela =p











p/s ingat perempuan je ke boleh wat tutorial macam2 tudung n makeup.. laki pun boleh la... terasa nak buat plak tutorial rambut..wakakakakkaka..x de a gurau..sory 4 the worst entry..... saje nk mengisi ruang blog yg lame menyepi ni





salam



Monday, December 26, 2011

ketaksubannnn




korang tahu apa itu taksub? bagi pendapat aku, taksub adalah satu sifat ion bercaj negatif akibat terlalu memuja and memuji.. taksub juga boleh dibahagikan sebagai taksub kepada manusia..

bukan cemburu and tak puas hati ke ape ke.. aku ade terjumpa satu status orang ni.. ayat lebih kurang menjatuhkan orang lain dan melecehkan orang lain serta riak dan takbur.


melihat pada ayat ini,ramai orang bagi pendapat masing2 tentang status tersebut, n semua nya membantah..tapi ade jugak manusia2 yang taksub maybe (fism) lebih diketahui FAN IKOT SAMPAI MATI, hingga menyokong 29104% even status yang salah..kalau korang baca pun korang akan berkata sedemikian seperti aku.. ini la di katakan taksub ye kawan2...myb kalau orang tu makan taik pun.. yang fan2 taksub ni pun cakap sedap... aku tak faham la...taksub sangat...


(gambar sekadar hiasan)

hasil dari jualan meniaga larut malam
(MLM) saya..yesssssss, dapat jugak membeli model terbaru ferari ini..mari join bisnes..x payah kerja lain..kau ada????


di samping itu, sifat riak dan takbur or menunjuk2 adalah satu aktiviti kurang sihat yee, dengan alasan ingin membakar semangat..niat itu mungkin betul, tetapi cara yang kurang tepat mungkin...
kalau kaya..cukup la sekadar kita sahaja yang tahu.. tak perlu la nak bagi tahu satu dunia, bukan jelez, sumpah tak jelez.. nak pakai ferari pun aku tak jelez..tapi tolong la.. dah banyak orang2 berkaitan wat status supaya si beliau sedar..aku hanya mendiam kan diri..tapi akhirnya aku juga ingin berkongsikan apa pendapat yg aku rasakan sebab ia ada kaitan dengan aku... yang menentukan rezeki kita adalah ALLAH, bukanya bisnes..so tak perlu la melecehkan orang lain dengan rezeki orang lain..memang betol..aku sokong..sedangkan nabi pun cakap 9/10 rezeki berpunca dari berniaga..tapi kita hidup di dunia ni saling memerlukan antara satu sama lain..kalau la semua orang wat bisnes..siapa lak yang nak kutip sampah? tak begitu? kerjaya orang jangan la di perlecehkan... rezeki masing2.. bersyukur la sebab kau di beri kehidupan mewah macam tu...

akhir kata..sory la kalau mana2 pihak yg terasa tu..siapa makan cili dia yang terasa pedas.. even tajuk entry agak lari sikit dari isi kandungan.. bukan nak menjatuhkan kau.. cuma memberi kesedaran


akhir kata....

"duit boleh di cari, kawan yang baik mana nak cari"




Saturday, December 17, 2011

Facebook berhantu?????









Merujuk pada gambar di atas, ini menandakan exam sudah hampir yee..bila tengok gambar ni, tergelak aku macam comel pon ade. before exam,relex je tengah santai kan...after exam dh frust menongeng..hahaha


actually ini memang TABI-at or trend untuk orang2 malas mcm aku..even besok nak exam baru la malam kelam-kabut nak study bagai. aku ni haaa,malas gileee,dah la malas gila
pulak tu..so dah masuk degree ni tak boleh wat macam dulu lagi.. nanti cepat pulak aku grad pulak kan =.=



dulu pun kalau assigment yang 2 minggu punye kena submit,kejab lagi nak kena hantar baru la nak buat depan2 lecturer. dlm kelas kena pandai cover la nak buat kerja lain tu..orang kate baru la mencabar sikit hidup ni kan..hahaha... time sekolah lagi la best ayat..cikgu cakap "ok saya nak bagi kerja sekolah ni, besok hantar " bila besok je nak hantar cikgu tanya "nape tak siap? " aku pun menjawab "nama pun kerja sekolah, buat kat sekolah la cikgu ;ppp "



pangggggggggg..penampoooo la makan nye..nasib baik cikgu perempuan..so dia sengeh je..ekekeke



salah satu puncaa jadi malas ni,maybe sebab facebook kot..blog ni aku jarang sangat..ikot hati la,rasa macam dah ade berusang2 sarang biawak kat blog aku,baru la rasa nk update..biasa la still jakon + batak lagi dengan dunia blog ni..






facebook u'r killing me


facebook actually agak berhantu la bagi aku..tapi sekarang ni dh mcm kurang melayan..coz bnyk benda nk buat study semua (tak pernah2 aku study macam ni), kalau on9 pun macam2 tu je..usha2 then off..zaman sekarang facebook ni dah macam jadi keperluaan,mesti kena on9 kan tengok ape2 update semua (paling best kelas batal), tapi zaman sekarang budak2 darjah dua darjah 3 dh ade facebook.untung la. patut la friends request penuh je dengan budak2 sekolah =.=







dah nak mati pun still nk update..bawak2 la sembahyang taubat ke ape ke,lupa lak org kapiaaqqq ni mane tau sembahyang ;p



tpi aku tak nafi kan.facebook ni ade gak kebaikan nya..contoh as student..tak makan 2 hari pun kenyang kalau dah seronok kan,kalau nak buang masa dengan cepat..on9 la..tup2

dah nak malam..kalau dalam kelas, 10 min macam sejam...tpi bgi aku facebook ni hanya dalam alam maya sahaja,coz dalam ni maybe kita seorang peramah..tapi kat luar?? kaku je kan kalau nak bercakap dengan orang.





get a life !!!!!!!


conclusion nye, dengan ini saya menasihatkan anda dengan diri saya sendiri. kurangkan la mengambil facebook ini.. 2 hari 1 kali makan je.. bak kata dokter facebook..kalau tidak demam facebook akan bertambah-tambah.





macam mana la tak serabut study..orang duk study tengok depan,awak sempat lgi bergambar =.=




aizad..fokus2 !!!!!!!!!!!! basyaaaa!! nway wish me luck ok for my exam..peaceeee


salam =)


Saturday, December 10, 2011

Farewell to Freeway











sedih di hatiku bila bunga, dipetik orang ditaman,walau bla,bla,bla,bla $#%$&^%*^*^$8...hermm, sejak tiga menjak ni asyik layan lagu ni je.. pergi karok pun lagu ni , maybe kena kot dengan waktu aku sekarang ni.. macam lelaki tak ada la nak tunjuk emosi sangat.. lebih memendam and let it stay.. tak tahu la kan kalau ada sesetengah lelaki bukan macam ni.. kat luar memang nampak happy, kat dalam?


bak kata ketam sing eh waley2 " bawang yang terhiris nampak pada bawang nya, hati yang terhiris siapa lah yang tahu ".


kalau macam perempuan, dia ada masalah dengan orang lain,orang lain pulak tak pasal-pasal kena maki, so sebelum memulakan deeper conversation by yuna.. check tarikh dulu whether mana la tahu kan, nak dekat hujung-hujung bulan ke tak gitu? 



hermmm,aku pun macam orang lain jugak, teringin nak ada someone special ni kan,terasa jelez pun ada tengok kawan-kawan ada makwa/pakwa semua.. last couple form 3, tu pun cinta monyet + lembu ayam.. so agak lama la untill now, bukan memilih, cuma tak nak buang masa, wang , jiwa dan raga.. aku banyak tanya orang jugak, couple sebab apa? coz diorang tak boleh.. macam satu kewajipan mesti kena ada, tak kira la siapa-siapa pun JANJI ADA. takut kena bahan?? amendaaa la dari duk layan apa orang cakap tapi diri sendiri yang merana buap apa.. last-last clash jugak.




" A great people talk about ideas, a average people talk about thing, and the small people talk about other people" 



so, jangan la layan sangat apa yang orang cakap,sayang sangat-sangat pun susah jugak nanti dah clash tak mandi sebulan pulak kan..setiap orang mesti ada aim someone kan even dia tahu,or tak tahu..macam aku mungkin dia tahu and dia buat tak tahu, so aku b
eranggap dia tahu, dan saja buat-buat tak tahu..kebelakangan ni aku banyak habis kan masa aku dengan bersukan, mungkin cara menghabiskan masa dengan lepak dengan kawan-kawan daripada membuang masa melayan perasaan yang entah sampai bila pun tak sudah..




kalau dulu time sekolah aku ni boleh di katakan orang sport-sport la jugak..tapi tak power mana pun..kalau power dah lama pergi REAL MADRID dah..coz kat sekolah budak-budak kelas aku kebanyakan nye budak-budak sport n hyper aktif..so bila dah terlibat dengan aktiviti-aktiviti macam ni, biasalah bersukan tengah-tengah hari kan (malaysia).. so agak kurang smart la kita orang ni..memang la orang kata budak sport ni famous..but kt sini2 je la pun..kat luar..ke laut kot..sapa la nak tengok comot-comot hangus ubi kayu ni kan..tu sebab dulu awek lari...yelaaa,nak yg jambu-jambu je, yg tak berapa nak jambu macam orang gila main bola tengah-tengah hari ni siapa la nak..so time tu tak berapa nak kisah sangat, coz life aku dengan kawan2 aku je..so tak ade hal la..member-member pun time tu anti perempuan, apa punya zaman la boleh anti-anti ni..kira nya siapa couple time tu tak cool la konon..puiiiii..semua sembang je..last-last,yang sembang tu la raja segala jiwang taman bunga..





di sebabkan perempuan zaman dulu suka yang smart-smart je, aku pun jarang la nak bersukan, even diploma pun langsung tak ambik pot..konon nak jadi romeo la,sampai sekarang still tak ada jugak.. dekat 5 tahun dah kot.. sama je tak ada siapa pun yang minat hang ( padan muka).. tapi still ada la jugak bersukan tu, aku suka main futsal and badminton tapiiiii malam je la main.huhuhu 


sekian lama meningalkan bola sepak,sepak pun dah ke laut,then akhirnya di sebabkan masalah jiwa berlaku, aku membuat keputusan ingin kembali bermain bola di Uni aku..coz bila kita spend time benda-benda mcm ni dapat hilang kan stress ye kawan-kawan..








yeaaahh.this is me..fineeeeeeee...memang kalau tengok macam tak reti main kan..malas la nak cerita zaman kegemilangan dulu..nanti cakap banyak kata poyo pulak..biar je la siapa yang tahu,




ni sebab dah lama tingalkan so dah tak berapa nak power sangat macam dulu (tak nak kalah)





sun burn..yesssssssssss

lelaki memang tak boleh lari dari sifat nakal,i means standard la tu kalau kacau-kacau perempuan ke ape ke,tak semestinya kacau-kacau tu means suka bukan???memang lumrah kalau lelaki jumpa perempuan lalu lalang ke..mesti buat bunyi tikus,padahal bukan ada apa pun, pastu blah mcm tu je..mcm aku ada target for someone, but this is long time ago,it's about 3 years, i'm waiting on you,aku tak tahu la apa masalah nya, i'm try to change like u want,i low my ego when i with u,i'm stop playing game when u texting me, n aku further study kat sini pun bersebab #$%$^%*^$..mungkin bukan masalah suka,mybe masalah kepercayaan...aku tak salahkan dia.coz aku tahu dia perempuan yang baik..mungkin diri ini masih banyak perlu di perbaiki..hermmmmm nampak nya dia betul-betul pergi,baiklah selamat tinggal pujaan hati..mungkin aku patut terima ini " menyintai tak semestinya memiliki" semoga berbahagia awak =.=







" cinta itu ialah bila kau sanggup mengalah demi lihat si dia gembira"





Friday, November 18, 2011

Lafaz Yang Tersimpan

salam




hari ni hari jadi mak aku."happy bufday mama,semoga panjang umur =) luv u"
tapiiiiiiiiii, kenapa kata2 ini selalu terbuku di hati?aku teringin nak cakap macam ni kat mak aku, aku nak sangat...nak sangat2...tapiii aku tak ade kekuatan untuk cakap macam ni...memang la orang kata..ala mak sendiri pun nak segan ke...lepas tu hati yang hitam pulak cakap...ala relex r banyak lagi masa,dah tua nanti cakap la...aku tak tau la nak cakap macam mana..korang tak rasa apa yang aku rasa..sebagai lelaki,terus terang aku cakap berat sangat,ape yang aku rase di hati ni tak terungkap..bukan tak sayang..siapa tak sayang mak wey...yang teruknya aku ni,yang aku tahu call mak aku mintak duit"mama duit dah habis" bukan nak tanye sihat ke tak orang tua tu...pastu dah masuk duit bukan nak cakap terima kasih ke apa...ermmm tak guna betul aku....



aku ni dah la selalu menyusahkan mak aku,mak aku kerja jauh2 hari2 nak cari rezeki..kerja kat politeknik sabak bernam..rumah kat teluk intan..agak jauh perak ke selangor.hari2 ulang alik..reason sebab tak nak duk selangor..sebab nak dekat dengan anak2 ngn family..mak aku sanggup korban.hari2 pergi kerja jauh2 naik kereta sorang2.kalau ape2 jadi kat dia macam mane.bukannye nak tanye khabar mak aku..bawak kereta elok2 ke..dah makan ke?sihat ke?...tapi sebaliknya,mak aku yang selalu call aku cakap macam tu...erm sedey r ngn diri sendiri ni ='(




aku hanye call parents aku bila aku nak duit je...tapi yang lain??parents aku je yang selalu call aku.memang aku tak guNAAAAAAAAAA.
"Ya ALLAH ya tuhanku lindungi la kedua ibu bapa ku"




kenapa la susah betul nak mengunkap,nak tunggu tak ada baru nak menyesal?macam tu ke AIZAD??
aku tak tahu betapa gelapnye dunia ni kalau tiada mak ='(
dan aku tak boleh bayangkan macam mane nak teruskan hidup bila tiada mak..






"Mengapakah sukar menyusun bicara,meluahkan rasa menuturkan sayang,kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah,cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia"




"tiada lagi ertinya pengucapan,andai akhir nafas di hujuung helaan,sebelum mata rapat terpejam usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan"





bila aku dengar lagu ni..confirm ='(

hayati lagu ni,akan rasa apa yang aku rasa,





Lafaz yang tersimpan-UNIC







sedikit cerita yang mungkin tak layak diceritakan,tapi mudah-mudahan dapat di ambil hikmah untik kita bersama serta di berikan kekuatan daripada menjadi lafaz yang tersimpan.


hargailah mereka ketika mereka masih ada